Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • VW Jerman akan perkenal bas mini elektrik pandu sendiri di Oslo
  • GLOBAL

VW Jerman akan perkenal bas mini elektrik pandu sendiri di Oslo

Utusan Sarawak 6 hours ago
MOIA sedang mengendalikan beberapa ID Buzz autonomi di Oslo, walaupun terdapat pemandu keselamatan manusia di belakang stereng untuk berjaga-jaga. Foto Moia

HAMBURG (Jerman): Pengeluar Jerman Volkswagen telah menandatangani perjanjian untuk memperkenalkan bas mini yang boleh memandu sendiri di Norway, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Volkswagen (VW) menerusi anak syarikatnya Moia berkata pada Rabu perjanjian kerjasama itu dimeterai dengan pengendali pengangkutan Oslo, Ruter, dan pengendali Nordic, Holo.

Mulai awal 2026, VW akan menyediakan kenderaan elektrik ID. Buzz serta perisian tempahan, termasuk sebuah aplikasi.

Oslo menjadi bandar ketiga di Eropah selepas Hamburg dan Berlin yang menyaksikan pelancaran ID. Buzz AD yang boleh memandu sendiri oleh Moia. Los Angeles di Amerika Syarikat dijangka menyusul tahun depan, yang mana Moia bekerjasama dengan perkhidmatan e-hailing Uber.

Setakat ini, kenderaan berkenaan masih dipandu dengan kehadiran pemandu keselamatan wajib yang boleh campur tangan jika diperlukan. Menurut kenyataan terdahulu, VW menyasarkan mendapatkan kelulusan operasi tanpa pemandu di Eropah dan Amerika Syarikat menjelang akhir 2026.

Selepas itu, pemandu keselamatan tidak lagi diperlukan. Pandu uji  dengan prototaip telah dijalankan sejak 2021.- Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Maghribi: Angka korban runtuhan bangunan meningkat kepada 22
Next: Feri penumpang kemudi sendiri pertama dunia mula beroperasi di barat Jepun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.