Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • VTP platform perkasa komuniti luar bandar Sarawak
  • TEMPATAN

VTP platform perkasa komuniti luar bandar Sarawak

Utusan Sarawak 4 hours ago
TAHNIAH…..Mohamad Ashree (dua kanan) menyerahkan hadiah kepada salah seorang peserta terbaik VTP Siri 3/2025 Bahagian Sibu, Karmila Galau. Turut disaksikan oleh Porkan (kanan).

SIBU: Village Transformation Programme (VTP) adalah salah satu inisiatif kerajaan Sarawak untuk menyediakan kemahiran yang boleh membantu menghasilkan pendapatan tambahan kepada peserta, selain dapat membangun dan memaju komuniti setempat.

Timbalan Pengarah Unit Pemantauan Pelaksanaan Sarawak (SIMU) Mohamad Ashree Wee berkata, ini adalah selaras dengan sasaran Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 untuk membina masyarakat luar bandar yang kendiri dan inklusif menjelang 2030.

“VTP merupakan program dan projek yang dirancang untuk dilaksanakan di kampung tradisi serta rumah panjang kurang maju yang telah dicalonkan oleh setiap Residen Bahagian melalui Jawatankuasa Transformasi Luar Bandar bagi rumah panjang dan kampung tradisi yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Pengarah SIMU menyempurnakan majlis penangguhan VTP Siri 3/2025 Bahagian Sibu di salah satu hotel terkemuka, di sini hari ini.

Program tersebut yang bermula pada 4 hingga 8 Ogos, telah disertai oleh seramai 48 peserta dari Bahagian Sibu.

UNTUK KENANGAN…Mohamad Ashree (duduk, tengah sekali) merakam kenangan bersama peserta VTP Siri 3/2025 Bahagian Sibu di salah satu hotel terkemuka, di sini hari ini. Turut kelihatan ialah Porkan (duduk, kanan).

Mohamad Ashree berkata, SIMU sebagai urus setia akan meninjau keberkesanan kursus-kursus yang telah diberikan pada siri ini dalam masa tiga bulan yang akan datang.

“Pihak urus setia dengan bantuan Pejabat Residen Bahagian dan Pejabat Daerah berkenaan akan melakukan kajian terhadap hasil dan impak kursus-kursus ini kepada kehidupan seharian peserta serta masyarakat di sekitarnya.

Beliau turut memaklumkan bahawa lawatan susulan ke beberapa rumah panjang dan kampung di Bahagian Sibu akan dilaksanakan tahun ini sebagai langkah menilai pelaksanaan program.

“Saya sangat berharap agar program VTP ini mencapai sasaran untuk memastikan peserta-peserta VTP ini bertindak sebagai agen perubahan kepada komuniti dan keluarga masing-masing dalam mengubah taraf dan kualiti hidup masing-masing dengan lebih maju dan jayanya,” kata beliau.

Turut hadir, Residen Bahagian Sibu, Abang Mohamad Porkan Abang Budiman serta yang lain.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Eksklusif: Kesesakan Jalan Batu 9 terus hantui penduduk Kota Padawan
Next: Violet Yong assists stateless man in long struggle for identity card

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.