Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Vivy Yusof, suami dapat sementara passport untuk hadiri program islamik di Istanbul, Bosnia
  • MAHKAMAH

Vivy Yusof, suami dapat sementara passport untuk hadiri program islamik di Istanbul, Bosnia

Utusan Sarawak 3 days ago
PENGASAS platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof (kiri) dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar hadir bagi sebutan kes pertuduhan pecah amanah melibatkan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) berjumlah RM8 juta di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini. Mahkamah Sesyen di sini hari ini membenarkan permohonan Vivy dan suaminya untuk mendapatkan semula pasport antarabangsa mereka buat sementara waktu bagi membolehkan pasangan itu menghadiri satu program islamik di Istanbul dan Bosnia. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini membenarkan permohonan pengasas FashionValet Sdn Bhd (FashionValet) Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzarudin Shah Anuar, untuk mendapatkan pasport antarabangsa buat sementara bagi membolehkan mereka menghadiri program islamik di Istanbul dan Bosnia.

Hakim Rosli Ahmad membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguam Shaarvin Raaj, yang mewakili pasangan berkenaan, untuk mendapatkan pasport mereka bermula hari ini hingga 12 November depan.

“Mahkamah membenarkan permohonan itu dan pasport diserahkan kepada kedua-dua pemohon hari ini, serta dikembalikan kepada mahkamah 13 November ini,” katanya.

Terdahulu, Shaarvin berkata kedua-dua anak guamnya akan menghadiri program Islamic Historical Retreat to Istanbul-Bosnia with Sheikh Wael Ibrahim dari 4 hingga 11 November ini.

“Saya mohon pasport diserahkan hari ini untuk permohonan visa dan ia akan diserahkan semula kepada mahkamah pada 13 November,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Haresh Prakash Somiah pula berkata pihaknya telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut dan tidak membantah permohonan pasangan itu.

Sebelum ini, mahkamah membenarkan permohonan Vivy dan suaminya untuk mendapatkan pasport bagi menunaikan umrah pada Disember 2024.

Pada 5 Disember tahun lepas, Vivy Yusof atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof, 38, dan Fadzarudin, 37, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pecah amanah dana pelaburan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) berjumlah RM8 juta.

Mereka didakwa dengan niat bersama sebagai Pengarah FashionValet Sdn Bhd melakukan pecah amanah ke atas dana pelaburan Khazanah dan PNB yang diamanahkan kepada mereka dengan membuat pembayaran berjumlah RM8 juta daripada akaun bank milik syarikat FashionValet Sdn Bhd kepada syarikat 30 Maple Sdn Bhd tanpa kelulusan Ahli Lembaga Pengarah syarikat FashionValet.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Public Bank Berhad Cawangan Bukit Damansara, 36-40 Medan Setia 2, Plaza Damansara Bukit Damansara di sini pada 21 Ogos 2018.

Pasangan itu dituduh mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan maksimum 20 tahun serta dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.- Bernama

Continue Reading

Previous: Ahli kimia sahkan darah pada helaian kertas diari sepadan DNA Zara Qairina
Next: Mahkamah tangguh keputusan rayuan Najib untuk hidupkan saman terhadap bekas AG

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.