Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Viviana Lin akan bawa misi keamanan, serlah budaya Iban ke Bangkok
  • HIBURAN

Viviana Lin akan bawa misi keamanan, serlah budaya Iban ke Bangkok

Utusan Sarawak 22 hours ago
VIVIANA Lin Winston (tengah) MGM 2025 disambut meriah di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LATK), hari ini 

KUCHING: Pemilihan Viviana Lin Winston sebagai Miss Grand Malaysia (MGM) 2025 bukan sahaja mencipta sejarah peribadi, malah membuka lembaran baharu dalam dunia ratu cantik tanah air apabila beliau menjadi wanita Iban dan anak Sarawak pertama merangkul gelaran berprestij itu.

Beliau turut menyifatkan kemenangan ini sebagai satu impian yang menjadi kenyataan dan menegaskan hasratnya untuk mempersembahkan warisan budaya Iban di peringkat antarabangsa.

“Saya sangat gembira dapat berada di sini. Sebagai anak Sarawak dan wanita Iban pertama memenangi gelaran ini, saya akan melakukan yang terbaik.

“Saya mahu dunia melihat sendiri apa yang saya mampu tawarkan di pentas Miss Grand International nanti,” ujar Viviana ketika ditemui media selepas ketibaannya di Kuching, hari ini.

Viviana juga mengakui sedang dalam fasa perancangan bersama pasukannya untuk membuat persediaan rapi menjelang pertandingan tersebut, termasuk merancang penggunaan wang kemenangan sebanyak RM15,000 bagi melengkapkan segala keperluan latihan, kostum dan penampilan.

“Saya baru sahaja menang gelaran ini beberapa hari lalu. Kami akan berbincang dengan lebih terperinci mengenai bajet dan strategi,” tambah Viviana.

Beliau juga akan menggunakan platformnya untuk menyokong misi utama pertandingan, iaitu kempen ‘Stop the War and Violence’, sebagai advokasi utamanya sepanjang kempen antarabangsa nanti.

Menyentuh soal penampilan, Viviana turut memberi penjelasan berhubung kritikan yang timbul mengenai rekaan gaun malam yang dipakainya semasa pertandingan peringkat kebangsaan, yang dianggap sesetengah pihak sebagai terlalu mendedahkan dan tidak mencerminkan budaya Malaysia.

“Gaun malam yang saya pakai sebenarnya diinspirasikan daripada busana pahlawan Iban. Ia mengandungi elemen ‘sirat’ yang mencerminkan budaya kami,” jelas Viviana dengan lanjut.

Sehubungan dengan itu, Viviana menambah bahawa rekaan gaun bagi pentas Bangkok masih dalam perbincangan dan bakal diumumkan tidak lama lagi.

Sementara itu, Melisha Lin menyatakan bahawa pihak MGM tidak terkesan dengan tindakan segelintir pihak yang mempersoalkan keputusan pertandingan, termasuk seorang peserta yang menarik diri selepas mendakwa wujud unsur berat sebelah.

“Tindakan itu langsung tidak mencerminkan nilai-nilai organisasi kami mahupun usaha yang telah dicurahkan untuk membina wakil negara ke pentas antarabangsa,” kata Melisha.

Beliau memaklumkan bahawa pihaknya telah berbincang dengan pemegang lesen dan sedang meneliti langkah undang-undang yang sesuai.

Melisha turut menggesa rakyat Sarawak dan seluruh Malaysia agar terus memberikan sokongan kepada Viviana dalam membawa nama negara ke mata dunia.

TIMBALAN Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan (kiri), Miss Grand Malaysia (MGM) 2025, Viviana Lin Winston (ketiga kiri) dan Pengarah Kebangsaan MGM, Melisha Lin (ketiga kanan) 

Pertandingan antarabangsa itu akan berlangsung di Bangkok, Thailand pada 18 Oktober ini, dan Viviana kini dalam fasa perancangan bersama pasukannya untuk melengkapkan segala keperluan latihan, kostum dan penampilan menjelang dua bulan yang kritikal.

Turut hadir memberikan sokongan, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Snowdan Lawan.

Oleh Adele Rissa

Continue Reading

Previous: Tiga tahun cipta lagu tema HKHM: Affan semai semangat cinta negara melalui muzik
Next: Sunway Lagoon lancar gelongsor air hibrid pertama Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.