Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Visi Tun Abdullah letak Malaysia sebagai peneraju industri halal global
  • BISNES

Visi Tun Abdullah letak Malaysia sebagai peneraju industri halal global

Utusan Sarawak 1 month ago
GAMBAR kenangan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Daya Saing Industri Sawit (CCPO) dan taklimat mengenai cadangan penubuhan Universiti Teknologi Perladangan di Jabatan Perdana Menteri pada 20 Disember 2005. Turut hadir (dari kiri) Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shafie Apdal, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Peter Chin Fah Kui dan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Seri Dr Lim Keng Yeik. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Visi Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam menjadikan industri halal sebagai sumber ekonomi negara telah meletakkan Malaysia sebagai peneraju industri halal global masa kini, menurut Halal Development Corporation (HDC).

Pengerusi HDC Khairul Azwan Harun berkata dengan berat hati dan penuh dukacita, seluruh ahli lembaga pengarah, pengurusan dan seluruh warga kerja HDC, mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga atas pemergian perdana menteri kelima itu.

“Beliau merupakan tokoh penting yang telah mencadangkan dan mencetuskan idea penubuhan HDC pada 2006 dan memainkan peranan signifikan dalam memajukan industri halal di Malaysia,” ujar beliau.

“Kami amat menghargai jasa dan sumbangan beliau dalam memperkembangkan ekonomi halal negara. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Menurut Khairul Azwan, HDC akan terus memperjuangkan visi beliau untuk memantapkan Malaysia sebagai pusat halal global. ‎

HDC, yang ditubuhkan pada 18 September 2006, merupakan peneraju utama kepada pembangunan ekosistem serta infrastruktur halal yang bersepadu dan komprehensif serta kini berada di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia (MITI).

Abdullah yang mengumumkan penubuhan HDC sewaktu Forum Halal Sedunia pada 2006, telah mewujudkan satu platform khas bagi membolehkan negara muncul sebagai peneraju industri tersebut dalam landskap global, bersandarkan kekuatan Malaysia, terutama dalam pensijilan halal. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal seiring prestasi Wall Street
Next: Ringgit dibuka hampir mendatar ketika indeks dolar AS meningkat 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.