Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Visi Bandar CHASE akan dibawa ke pentas dunia – Dr Zaliha
  • NASIONAL

Visi Bandar CHASE akan dibawa ke pentas dunia – Dr Zaliha

Utusan Sarawak 3 weeks ago
MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa. -Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa akan membawa visi Bandar CHASE sebagai tonggak reformasi bandar di Wilayah Persekutuan ke pentas dunia.

Menerusi hantaran di laman Facebook hari ini, Dr Zaliha memaklumkan beliau berada di Itali bagi memenuhi jemputan ke Forum Ekonomi Dunia melalui Davos Baukultur Alliance serta di Milan bagi mengikuti Dialog Inovasi Strategik selain mengadakan lawatan ke beberapa tempat ikonik seperti Bosco Verticale dan Navigli District.

“Kemudian saya akan ke Venice bagi mengikuti 19th International Venice Biennale dan dijadualkan menyampaikan ucapan pembukaan dan juga dalam masa yang sama, saya akan menjadi panel dalam Collective Baukultur Public Panel.

“Di pentas ini, saya akan membawa visi Bandar CHASE sebagai tonggak reformasi bandar di Wilayah Persekutuan,” katanya.

Beliau turut dijadualkan bertemu Kaunselor Persekutuan Baume-Schneider, Ketua Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri Persekutuan, Switzerland bagi membincangkan beberapa isu bersama khususnya terkait dimensi sosial, kesan perubahan iklim dan pemeliharaan warisan budaya binaan dalam pembangunan bandar.

Pada 1 Januari lepas, Dr Zaliha memaklumkan Bandar CHASE adalah visi beliau ke arah menjadikan ketiga-tiga Wilayah Persekutuan sebagai bandar yang bersih,sihat, maju, selamat dan mesra alam.

-Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Malaysia hasrat teraju penyelidikan, inovasi virologi global
Next: Tupai King yang ‘dilahirkan’ di Pulau Pinang, kini Durian Bangsawan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.