Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Villa sebelah kaki ke separuh akhir
  • SUKAN

Villa sebelah kaki ke separuh akhir

Utusan Sarawak 4 hours ago

Watkins menjaringkan gol ketiga Aston Villa ketika aksi suku akhir pertama Liga Europa menentang Bologna di Stadium Renato Dall’Ara. Foto AFP

BOLOGNA: Aston Villa semakin hampir ke separuh akhir Liga Europa selepas mencatat kemenangan 3-1 ke atas Bologna dalam aksi suku akhir pertama, awal pagi tadi.

Pasukan bimbingan Unai Emery itu mempamerkan ketajaman penyudah, dengan Ollie Watkins muncul wira apabila meledak dua gol penting buat pelawat.

Ezri Konsa terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada penghujung babak pertama sebelum Watkins menggandakan kelebihan sejurus selepas rehat.

Penyerang England itu kemudian melengkapkan kemenangan Villa dengan gol kedua peribadi pada masa kecederaan, sekali gus memberikan kelebihan selesa menjelang aksi timbal balik di Birmingham minggu depan.

Bologna yang beraksi di laman sendiri sebenarnya tidak kurang hebat apabila beberapa kali hampir menjaringkan gol, namun hanya mampu meraih satu jaringan menerusi Jonathan Rowe di penghujung perlawanan.

Kemenangan itu meletakkan Villa di landasan terbaik untuk mara ke separuh akhir, di mana mereka berpotensi bertemu Porto atau Nottingham Forest.

Emery, yang memiliki rekod cemerlang dalam kejohanan ini dengan empat kejuaraan, kini semakin hampir memburu trofi utama pertama Villa dalam tempoh 30 tahun. – AFP

Continue Reading

Previous: Robertson tinggalkan Liverpool hujung musim

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.