Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Vila Karl Lagerfeld berhampiran Paris akan dilelong
  • GLOBAL

Vila Karl Lagerfeld berhampiran Paris akan dilelong

Utusan Sarawak 10 hours ago

PARIS: Vila bekas ikon fesyen Karl Lagerfeld, yang meninggal dunia pada 2019 dijadualkan untuk dilelong pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Hartanah itu terletak di perkampungan Louveciennes, Perancis kira-kira 20 kilometer ke barat Paris. Ia mempunyai keluasan lantai kira-kira 600 meter persegi dengan kawasan tanah yang luas, termasuk kolam renang, gelanggang tenis dan beberapa bangunan luar rumah.

Menurut peguam cara yang bertanggungjawab untuk penjualan hartanah itu, nilai anggaran vila berkenaan ialah €4.64 juta (AS$5.47 juta).

Lagerfeld memperoleh bekas rumah persinggahan untuk perburuan itu pada 2014 dan telah mengubahsuainya dengan teliti selama empat tahun. Beliau dilaporkan hanya menginap di vila itu untuk satu malam sahaja.

Pada 2024, apartmen Lagerfeld di Paris telah dilelong. Dalam masa hanya 19 minit, pangsapuri seluas 260 meter persegi yang pada asalnya dianggarkan bernilai €5.3 juta (AS$6.24 juta) telah dijual pada harga dua kali ganda daripada nilai berkenaan.

Masih menjadi tanda tanya sama ada keadaan yang sama akan berlaku untuk vila beliau di kawasan luar bandar itu.– Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Jerman: Bom Perang Dunia Kedua ditemukan di Osnabruck, 20,000 dipindahkan
Next: Yinson sasar aliran tunai lebih kukuh susulan hasil minyak pertama FPSO Agogo

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.