Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Vietnam kongsi pengalaman tangani Covid-19
  • GLOBAL

Vietnam kongsi pengalaman tangani Covid-19

Utusan Sarawak 5 years ago
VIETNAM menyekat penularan Covid-19 melalui penglibatan seluruh sistem politik, dengan tentera memainkan peranan penting, membolehkan Vietnam berjaya mengawal pandemik itu. • Foto BERNAMA

HANOI: Vietnam sedia berkongsi pengalamannya mencegah dan memerangi wabak Covid-19 dengan Afrika Selatan menerusi persidangan dalam talian seperti dilakukan bersama pasukan tentera perubatan beberapa negara baru-baru ini.

Semasa perbincangan menerusi telefon dengan Timbalan Menteri Pertahanan dan Veteran Tentera Afrika Selatan pada Khamis, Vinh menekankan pentingnya kerjasama antarabangsa dalam memerangi pandemik tersebut.

Beliau berkongsi mengenai keupayaan Vietnam menyekat penularan Covid-19, beliau berkata penglibatan seluruh sistem politik, dengan tentera memainkan peranan penting, membolehkan Vietnam berjaya mengawal pandemik itu.

Pegawai Vietnam itu juga berkongsi hasil pencegahan Covid-19 pasukan misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Vietnam di Afrika, terutamanya usaha dan tindak balas aktif yang dilakukan oleh anggota Field Hospital di Sudan Selatan.

Thabang turut memuji kejayaan Vietnam dalam memerangi Covid-19, melahirkan harapan Vietnam menyokong negaranya supaya dapat mengekang penyakit itu secepat mungkin.

Kedua-dua pihak mengkaji kerjasama pertahanan dua hala dan membincangkan hala tuju ke arah hubungan lebih erat pada masa akan datang.  

Mereka berkata kerjasama itu wujud sejak lawatan Menteri Pertahanan dan Veteran Tentera Afrika Selatan ke Vietnam Ogos tahun lalu, sejajar dengan perjanjian kerjasama pertahanan yang ditandatangani pada 2006.- Bernama

Continue Reading

Previous: UAE bakal catat misi pertama ke Marikh
Next: Pemuda maut selepas sertai ‘parti Covid-19’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.