Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Vietnam jalankan ujian klinikal pertama ubat antiviral oral untuk demam denggi
  • GLOBAL

Vietnam jalankan ujian klinikal pertama ubat antiviral oral untuk demam denggi

Utusan Sarawak 12 hours ago
VIETNAM memulakan ujian klinikal pertama ubat antiviral oral XAFTY bagi merawat demam denggi, memberi harapan baharu dalam usaha mencari rawatan khusus bagi penyakit itu.

HANOI: Vietnam telah melancarkan ujian klinikal bagi ubat antiviral baharu yang berpotensi memberi harapan baharu dalam usaha memerangi demam denggi, penyakit yang sehingga kini masih belum mempunyai rawatan khusus yang diluluskan di seluruh dunia, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Hospital Kebangsaan bagi Penyakit Tropika, dengan kerjasama Hyundai Bioscience yang berpangkalan di Korea Selatan, akan menjalankan ujian klinikal ubat antiviral untuk merawat demam denggi serta penyakit berjangkit yang serupa di Vietnam.

Ubat yang digunakan dalam ujian itu, dikenali sebagai XAFTY, akan diuji di Hospital Umum Tien Giang di Wilayah Tien Giang serta Hospital Pusat bagi Penyakit Tropika di Hanoi.

Berucap pada majlis pelancaran ujian itu pada Khamis, Timbalan Menteri Kesihatan Tran Van Thuan menyifatkan ujian klinikal ubat antiviral XAFTY sebagai pencapaian penting bagi sains bioperubatan serta usaha pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit di Vietnam.

Sehingga kini, Thuan berkata belum ada ubat antiviral khusus yang diluluskan di peringkat global untuk merawat demam denggi dan rawatan ketika ini bergantung terutamanya kepada rawatan simptomatik serta penjagaan sokongan. Oleh itu, penyelidikan dan pembangunan ubat antiviral yang berkesan untuk denggi dianggap sebagai antara matlamat penting dalam perubatan moden. – Bernama-VNA/VNS

Continue Reading

Previous: Singapura rancang penerbangan bawa pulang rakyat dari Oman pada 7 Mac
Next: Pesawat tentera udara India alami nahas di negeri Assam, India

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.