Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • VietJet Thailand bakal lancar penerbangan terus ke Kuala Lumpur mulai Oktober
  • NASIONAL

VietJet Thailand bakal lancar penerbangan terus ke Kuala Lumpur mulai Oktober

Utusan Sarawak 4 hours ago
VietJet Thailand.

KUALA LUMPUR: VietJet Thailand merancang melancarkan perkhidmatan penerbangan terus ke Kuala Lumpur pada Oktober tahun ini susulan peningkatan permintaan serta potensi pasaran yang memberangsangkan antara Malaysia dan Thailand.

Timbalan Ketua Jabatan Komersial VietJet Thailand, Bhubet Kittyanpanya berkata, syarikat penerbangan tambang rendah itu melihat permintaan yang kukuh merentas beberapa segmen termasuk pengembara perniagaan, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), sektor kerajaan, industri mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran (MICE), pelajar, pelancong perubatan serta pelancongan hujung minggu.

“Malaysia dan Thailand mempunyai kedudukan geografi yang sangat dekat, sekali gus menawarkan potensi besar bagi perjalanan santai dan rekreasi terutama pada hujung minggu.

“Selain itu, faktor keterhubungan penerbangan yang memberikan nilai tambah kepada penumpang turut menjadi pemacu penting,” katanya pada sesi taklimat dalam talian Thai VietJet mengenai pelancaran semula laluan Kuala Lumpur-Bangkok hari ini

Perkhidmatan penerbangan harian antara Kuala Lumpur dan Bangkok akan disambung semula bermula 9 Oktober 2026 dengan tambang promosi serendah AS$13 (AS$1 = RM4.13).

Mengenai pengembangan armada, Bhubet berkata, VietJet Thailand dijangka mengendalikan 29 pesawat menjelang akhir tahun ini dan merancang menambah 16 pesawat Boeing baharu bagi memperkukuh kapasiti operasi serta menyokong pertumbuhan rangkaian penerbangannya.

Dari segi trafik penumpang, syarikat penerbangan itu menyasarkan untuk membawa lebih tujuh juta penumpang pada 2026.

“Ketika ini, kami mengendalikan 42 laluan penerbangan dan mempunyai sekitar 700,000 ahli program kesetiaan,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: SPRM siasat dakwaan ketirisan dalam pemindahan gajah DAK ke Zoo Jepun
Next: AirAsia X terbuka teroka peluang penerbangan di Turkmenistan, Rusia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.