Video tular lelaki berbasikal sambil bawa ‘pistol’ dengan muzik 007 James Bond

Facebook
WhatsApp
Tangkap layar video yang tular

KUCHING: Orang ramai terkejut apabila melihat video tular memaparkan seorang lelaki berbasikal bersenjatakan pistol di tangannya.

Kejadian itu dikatakan berlaku pada petang semalam di sepanjang Jalan Tun Jugah di sini.

Dalam satu klip video tular itu, lelaki terbabit dipercayai memegang sepucuk pistol yang dipercayai palsu di belakangnya ketika berbasikal  di kawasan Gala City.

Video 8 saat itu juga diselitkan muzik  lagu 007 James Bond.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah ketika dihubungi berkata tiada laporan dibuat berhubung kejadian itu. 

Beliau memberi amaran kepada orang ramai bahawa membawa senjata sedemikian adalah satu kesalahan walaupun ia adalah senjata ‘palsu’.

Oleh Connie Chieng 

FTES bukti komitmen Sarawak perkasa pendidikan

DARO: Pelaksanaan Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES) membuktikan komitmen kerajaan Sarawak dalam memastikan setiap anak Sarawak yang berkelayakan berpeluang