Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Video tular bekas siswazah cetus salah faham – UTS
  • WILAYAH

Video tular bekas siswazah cetus salah faham – UTS

Utusan Sarawak 2 years ago
KENYATAAN media perjelaskan situasi tepis tanggapan negatif netizen susulan tularnya sebuah video TikTok atas akaun csi.98,  21 Jun lalu.

SIBU: Program ditawarkan di Universiti Teknologi Sarawak (UTS) yang dahulunya dikenali sebagai Kolej Universiti Teknologi Sarawak (UCTS) diperakui Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)(MQA/FA8731) dan Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) (R/342/6/0199).

UTS mengeluarkan satu kenyataan susulan tular sebuah video TikTok atas akaun csi.98,  21 Jun lalu yang menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat mengenai universiti tersebut.

“Pemilik akaun merupakan bekas siswazah UTS berkelulusan Sarjana Muda Perniagaan (Kepujian) dalam Pemasaran diiktiraf sepenuhnya oleh MQA dan JPT.

“Pelajar tersebut menyertai UTS 2016 dan tamat pengajian pada 2021.  

“Kandungan video itu mempersoal sama ada netizen laman media sosial tersebut menghadapi masalah yang sama dengan pemilik akaun iaitu memohon pekerjaan di Singapura namun ditolak.

“Atas sebab apa ia ditolak, itu kita tidak pasti namun jika ini berkaitan dengan proses memohon Visa bekerja di Singapura,  itu adalah di luar kawalan dan bidang kuasa kami,” kata UTS dalam satu kenyataan malam tadi.

Pihak UTS berpandangan bahawa kandungan video pemilik akaun tersebut sebagai tidak berasas dan hanya berdasarkan pandangan peribadi sahaja.

Pada masa sama, UTS mendedahkan bahawa ramai graduan kelahiran universiti itu kini sedang berkhidmat dalam pelbagai sektor di Singapura, menunjukkan program ijazah ditawarkan diiktiraf dunia.   

UTS menerusi kenyataan itu juga menegaskan bahawa pusat pengajian tinggi itu merupakan sebuah universiti yang lengkap dengan standard kualiti pendidikan diperakui.

Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk tidak menyebarluaskan video tersebut sebaliknya menghubungi pihak UTS untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai universiti tersebut.

Oleh TARANI LANTING

Continue Reading

Previous: Rebut gelaran ‘Kumang’ sertai BDCF anjuran SIDS 21 Julai depan
Next: 10 peserta kaligrafi Cina ke pertandingan peringkat kebangsaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.