Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Victoria Beckham dedah perjuangan cipta semula diri dalam siri Netflix
  • HIBURAN

Victoria Beckham dedah perjuangan cipta semula diri dalam siri Netflix

Utusan Sarawak 1 week ago
BEKAS pemain bola sepak Manchester United dan England, David Beckham serta pereka fesyen England, Victoria Beckham, bergambar bersama anak-anak mereka Harper Beckham, Romeo Beckham dan Cruz Beckham pada tayangan perdana siri dokumentari tiga episod ‘Victoria Beckham’ di The Curzon Mayfair, London pada 8 Oktober 2025. Foto AFP

LONDON: Bekas ahli Spice Girls yang kini menjadi pereka fesyen, Victoria Beckham, menggambarkan dirinya sebagai seseorang yang “sangat ingin disukai” dalam dokumentari tiga episod baharu tentang kehidupannya.

Dalam siri Netflix yang dijangka ditayangkan pada Khamis, wanita berusia 51 tahun yang pernah dikenali sebagai “Posh Spice” menceritakan perjuangannya untuk mencipta semula diri sebagai pereka fesyen selepas kumpulan gadis British itu berpecah.

“Orang sangka saya ni wanita suram yang tak pernah senyum,” katanya merujuk kepada persona awamnya yang sentiasa serius.

Bercakap tentang impiannya, dia berkata persembahan adalah “mimpi” beliau, namun selepas kumpulan itu berakhir, dia menemui fesyen sebagai “saluran kreativiti”.

VICTORIA Beckham, bergambar bersama David Beckham. Foto AFP

Beckham, yang kerap menunjukkan emosi dalam siri arahan Nadia Hallgren itu, berkata dia berdepan kesukaran untuk mengukuhkan kedudukan diri apabila bertembung dengan dunia yang berkata, “Dia ini bintang pop, dia kahwin dengan pemain bola sepak, siapa dia?”

Bekas ketua editor Vogue, Anna Wintour, mengakui dia pada mulanya mempunyai keraguan sendiri.

“Kebanyakan selebriti yang terlibat dalam dunia kami bukan pereka fesyen sejati,” kata Wintour.

“Saya skeptikal. Saya rasa kita semua boleh jadi sedikit sombong dalam industri fesyen dan fikir mungkin ini hanya kerja sambilan, tapi Victoria benar-benar menafikan tanggapan itu,” katanya.

Pereka fesyen Tom Ford berkata reaksi pertamanya apabila mendengar Beckham merancang memulakan label fesyen sendiri adalah keterkejutan.

“Saya ingin menghubunginya dan bertanya, ‘Kenapa? Kenapa kamu nak buat ni? Faham ke bisnes ni sangat susah?’,” katanya.

“Saya rasa ramai yang fikir, ‘Oh, Victoria Beckham nak buat koleksi. Mungkin orang lain yang akan mereka bentuknya. Dia cuma tampal nama dia sahaja,” tambahnya.

Tidak Popular

Siri bertajuk Victoria Beckham mengimbas kembali kehidupan awal selebriti itu dan kerjayanya dalam dunia pop, serta mengikutinya ketika dia bersedia untuk pertunjukan fesyen penting di Paris Fashion Week.

Mengenang zaman persekolahannya, Beckham berkata dia tidak sesuai dengan persekitaran tetapi sentiasa ingin dihargai.

“Budak yang tak popular di sekolah, yang kekok, itulah saya. Tapi saya sangat ingin disukai dan rasa dihargai,” katanya.

Beckham, ibu kepada empat anak dan isteri kepada bekas bintang bola sepak England, David Beckham, turut menyentuh tentang masalah kewangan jenamanya yang sering diperkatakan.

Label pakaian itu belum mencatat keuntungan operasi sejak ditubuhkan pada 2008.

Namun pada 2024, jenama itu melaporkan tahun keempat berturut-turut mencatat pertumbuhan jualan.

“Kami pernah rugi jutaan,” katanya.

Spice Girls mencapai kemasyhuran dunia pada 1996 selepas lagu pertama mereka Wannabe dikeluarkan, menyebarkan mesej kuasa wanita dan menjual 85 juta album di seluruh dunia.

Hanya dua daripada 11 single mereka gagal mencapai nombor satu di carta Britain, manakala tiga single pertama mereka semuanya berada dalam lima teratas di Amerika Syarikat.

Kumpulan lima anggota ini berpecah pada 2000 tetapi bersatu semula untuk jelajah dunia pada 2007. Jelajah reuni lain berlangsung pada 2019 tanpa kehadiran Victoria. – AFP

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: ‘Saya belum mati lagi!’ – Dolly Parton
Next: Black, Eddie umum undur diri dari kumpulan Wings

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.