Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Veteran SUPP gesa tubuh jawatankuasa baharu teliti rayuan pemecatan
  • Selatan
  • WILAYAH

Veteran SUPP gesa tubuh jawatankuasa baharu teliti rayuan pemecatan

Utusan Sarawak 6 hours ago
PUNG Teng Hong, seorang di ibu pejabat SUPP, bercakap kepada wartawan.

KUCHING: Veteran Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Pung Teng Hong, menggesa penubuhan jawatankuasa disiplin baharu bagi meneliti semula rayuan Pengerusi Cawangan SUPP Kuching, Datuk Lily Yong, serta setiausaha cawangan itu, Voong Nam Jin, yang baru-baru ini dipecat daripada parti.

Pung, 90, yang menyertai parti sejak 1960, berkata perkara itu dalam sidang media di ibu pejabat parti hari ini susulan kebimbangan terhadap perkembangan dalaman parti kebelakangan ini.

Beliau berkata, kes melibatkan Datuk Lily Yong dan Voong Nam Jin, yang dipecat kerana didakwa melanggar perlembagaan parti, wajar dinilai semula melalui proses yang adil dan telus.

Sehubungan itu, katanya, satu panel baharu perlu dibentuk bagi mendengar rayuan berkenaan.

Pung turut mencadangkan beberapa bekas pemimpin kanan berpengalaman untuk menganggotai jawatankuasa tersebut, termasuk Datuk Seri George Chan Hong Nam, Datuk Sim Kheng Hong, Datuk David Teng Lung Chi, Datuk Alfred Yap Chin Loi dan Soon Choon Teck.

Menurutnya, pengalaman mereka sebagai bekas pemimpin parti dan menteri amat berharga, khususnya dalam hal berkaitan perlembagaan parti.

Selain itu, beliau menekankan kepentingan mematuhi garis panduan parti, termasuk aspek pemakaian rasmi, bagi memelihara identiti dan tradisi parti.

Beliau turut menegaskan keperluan tanggungjawab bersama dalam kalangan ahli serta mengingatkan agar mengelakkan tindakan yang dilihat tidak selari dengan peraturan sedia ada atau amalan parti.

Dalam pada itu, sidang media tersebut pada awalnya berdepan sedikit kekeliruan susulan persoalan berkaitan prosedur penganjuran acara di ibu pejabat, apabila kakitangan SUPP memaklumkan bahawa permohonan rasmi perlu dikemukakan terlebih dahulu.

Bagaimanapun, perkara itu berjaya diselesaikan dan sidang media diteruskan tanpa sebarang gangguan.

Pung menegaskan bahawa urusan parti wajar dibincangkan secara terbuka dan membina melalui saluran yang sesuai, termasuk di ibu pejabat yang disifatkannya sebagai milik semua ahli.

Beliau mengakhiri kenyataannya dengan menegaskan komitmen berterusan terhadap parti, sambil menyatakan bahawa tujuannya bersuara adalah untuk mempertahankan prinsip penubuhan parti serta memastikan integritinya terus terpelihara.

Pung sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Naib Pengerusi SUPP Cawangan Lundu dan kemudiannya Pengerusi SUPP Cawangan Tanjung Datu.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Sarawak kukuh dalam SPM 2025, pencapaian terus dipertingkat
Next: Wellness Hub Sibuti mula operasi esok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.