Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Frenz Legend rangkul juara Kejohanan Bola Sepak Veteren Seborneo Piala Awang Tengah
  • SUKAN

Frenz Legend rangkul juara Kejohanan Bola Sepak Veteren Seborneo Piala Awang Tengah

Utusan Sarawak 21 hours ago
JOHAN VETERAN… Pemain pasukan Frenz Legend Kuala Lawas merakam gambar kenangan bersama Awang Tengah. Foto Adeng Edrus

LAWAS: Pasukan Frenz Legend dari Kuala Lawas muncul johan Kejohanan Bola Sepak Veteren Seborneo Piala Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dengan menjinakkan pasukan BSV daripada Bongawan Sabah dengan jaringan 1-0.

Selaku juara sulung kejohanan, pasukan Frenz Legend membawa pulang piala pusingan, medal dan hadiah wang tunai berjumlah RM15, 000.

Naib johan pula membawa pulang piala iringan, medal beserta wang tunai RM 8,000 dan tempat ketiga bersama iaitu pasukan Brunei dan Kudat, Sabah membawa pulang hadiah wang tunai RM4,000 setiap pasukan.

Sebanyak 27 pasukan terlibat iaitu empat pasukan dari negara Brunei, tujuh pasukan dari Sabah, tiga pasukan daripada Wilayah Persekutuan Labuan dan 13 pasukan dari Sarawak iaitu daripada Kuching, Miri, Limbang dan Lawas menyertai kejohanan yang bermula semalam dan berakhir petang tadi di Kompleks Sukan Lawas.

TENDANGAN PADU… Awang Tengah melakukan sepak mula sebagai simbolik perasmian final Kejohanan Bola Sepak Veteren Seborneo Piala Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.  Foto Adeng Edrus

Hadiah kemenangan disampaikan sendiri oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Turut mengiringi beliau, Ahli Dewan Undangan (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Jawa dan tetamu kenamaan lain.

Awang Tengah dalam kenyataan ringkas memberitahu kejohanan tahun hadapan akan diadakan di beberapa lokasi iaitu di Punang, Trusan, Sundar, Kuala Lawas dan perlawanan separuh akhir serta perlawanan akhir akan dilangsung di kompleks Sukan Lawas.

Hadiah wang tunai juga akan ditingkatkan untuk mengalakkan penyertaan lebih ramai pemain veteran di Sarawak, Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan negara Brunei.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Infantino umumkan penganjuran Piala ASEAN FIFA pada Sidang Kemuncak ASEAN
Next: Norris rangkul kemenangan di Mexico, ungguli Kejuaraan F1

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.