Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Veteran ATM digesa daftar dengan JHEV
  • NASIONAL

Veteran ATM digesa daftar dengan JHEV

Utusan Sarawak 5 years ago

KOTA KINABALU, 11 Julai -- Menteri Kanan (Kluster Pertahanan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (dua, kiri) ketika membuat kunjungan ke rumah seorang veteran anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Abdul Zahid Said (dua, kanan) di Kampung Suang Parai, Menggatal, hari ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

MENTERI Kanan (Kluster Pertahanan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika membuat kunjungan ke rumah seorang veteran anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Abdul Zahid Said di Kampung Suang Parai, Menggatal semalam. • Foto BERNAMA

KOTA KINABALU: Kementerian Pertahanan masih mencari dan mengenal pasti kira-kira 30,000 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang tidak berpencen  dan masih belum berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV).

Menteri  Pertahanan  Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta anggota veteran berkenaan supaya mendaftar dalam laman  sesawang  JHEV bagi membolehkan bantuan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dapat disalurkan.

“Kita minta mereka (veteran) daftar segera sebab kalau tidak (berdaftar), kita tidak dapat bagi bantuan walaupun kerajaan menyediakan bantuan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kebajikan sempena Program Cakna  Veteran ATM di Kampung Suang Parai, di sini semalam.

Ismail Sabri berkata, dalam bantuan PRIHATIN  yang diumumkan kerajaan pada April lepas,   bantuan sebanyak  RM500 secara sekali bayar  akan diagihkan  kepada veteran berpencen dan yang tidak berpencen sehingga September ini.

Beliau berkata, setakat ini terdapat kira-kira 80,000 veteran ATM yang tidak berpencen telah berdaftar dengan JHEV ATM.

Di negeri Sabah terdapat kira-kira 16,000 veteran ATM dan masih ada yang belum berdaftar dengan JHEV.

Ismail Sabri berkata, antara faktor yang menyebabkan veteran itu tidak berdaftar disebabkan duduk jauh di kawasan pedalaman selain tidak mengetahui maklumat berkenaan.

“Oleh sebab itu kita minta persatuan veteran supaya mengesan veteran ini kerana di setiap daerah dan kawasan ada persatuan veteran,” katanya.

Mengenai lawatan itu, Ismail Sabri berkata ia merupakan sebahagian program cakna yang dilaksanakan   sepanjang masa bagi membantu veteran yang memerlukan bantuan.

Beliau berkata, dalam lawatan itu bantuan berbentuk  wang daripada  kutipan Kempen  Tabung Pahlawan selain makanan turut diberikan  kepada veteran Abd Zahid Said.

Sementara itu, Abd Zahid, 35, merupakan bekas anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) amat berterima kasih dengan keprihatinan kementerian melawat ke kediamannya di sini.

Berasal dari Semporna, beliau telah berkhidmat di TLDM selama 13 tahun sebelum berhenti pada 2017 kerana perlu menjaga isterinya yang menghidap kanser tiroid selain lima anak   berusia antara  satu  hingga 12 tahun.

Katanya, sejak berhenti daripada TLDM beliau tidak mempunyai pendapatan tetap malah pernah tinggal di dalam khemah selama tiga bulan kerana tidak mempunyai tempat tinggal.

“Saya amat berterima kasih dengan kedatangan menteri (Ismail Sabri) yang bersedia membantu memberikan bot dan enjin untuk saya mencari rezeki buat keluarga,” katanya yang baru berpindah tiga bulan lalu ke kediaman didudukinya sekarang. – Bernama

Continue Reading

Previous: Al Jazeera: 4 individu dipanggil beri keterangan
Next: 266 kertas siasatan dibuka

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.