Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Vesel tunda ditahan maritim di perairan Tanjung Baram, nakhoda tiada sijil kompeten
  • JENAYAH

Vesel tunda ditahan maritim di perairan Tanjung Baram, nakhoda tiada sijil kompeten

Utusan Sarawak 6 hours ago
DITAHAN… Anggota APMM Zon Maritim Miri menahan sebuah vesel tunda yang gagal mengemukakan dokumen sah dalam operasi di perairan Tanjung Baram, Miri, semalam.

MIRI: Sebuah vesel tunda bersama lima kru ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Miri selepas gagal mengemukakan Surat Pertukaran Nakhoda, manakala nakhodanya pula tidak memiliki Perakuan Kompetenan untuk mengemudi kapal.

Pengarah Zon Maritim Miri, Kapten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad berkata, penahanan dilakukan pada 11.10 pagi semalam dalam Operasi Permai / Op Tiris 3.0 dan Op Ambal, kira-kira 2.6 batu nautika barat daya Tanjung Baram.

“Kesemua kru berusia antara 20 hingga 27 tahun terdiri daripada seorang warga tempatan, seorang warga Myanmar dan tiga warga India.

“Mereka diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Kes tersebut disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 atas kesalahan tidak memiliki dokumen sah dan kompetensi mengemudi kapal.

Menurut Mohd Khairol, Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang di perairan negara.

“Rondaan dan pemantauan secara berterusan akan diteruskan bagi memastikan keselamatan perairan sentiasa terpelihara,” tegasnya.

Beliau turut menggesa orang awam agar menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan atau kecemasan di laut melalui talian Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Miri.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Polis Miri mohon bantuan kenal pasti mayat lelaki ditemukan di Pantai Bakam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.