Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Vesel tunda dan tongkang ditahan di Miri, gagal kemuka dokumen sah
  • JENAYAH

Vesel tunda dan tongkang ditahan di Miri, gagal kemuka dokumen sah

Utusan Sarawak 2 days ago
DITAHAN…Sebuah vesel bersama sebuah tongkang ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Miri selepas gagal mengemukakan dokumen perkapalan yang sah dalam pemeriksaan yang dijalankan, semalam. Foto Maritim Malaysia.


MIRI: Operasi rutin penguatkuasaan di perairan Miri semalam membawa kepada penahanan sebuah vesel tunda bersama sebuah tongkang selepas didapati gagal mengemukakan dokumen perkapalan yang sah.

Vesel dan tongkang itu ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Miri di kedudukan sekitar 7.4 batu nautika utara Kuala Baram.

Pengarah Zon Maritim Miri, Kapten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad berkata, penahanan dilakukan sekitar 11.40 pagi ketika rondaan rutin OP PERMAI 01/2019 dan OP TIRIS 3.0.

“Pemeriksaan mendapati vesel tunda dan tongkang tersebut gagal mengemukakan Surat Pelepasan Pelabuhan serta Lesen Perkapalan Dalam Negeri, yang merupakan dokumen wajib mengikut undang-undang perkapalan negara.

“Tujuh kru termasuk nakhoda yang merupakan warga Indonesia berusia antara 20 hingga 54 tahun turut ditahan dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut,” kata dalam satu kenyataan, hari ini.

Kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967 kerana gagal mengemukakan Surat Pelepasan Pelabuhan, serta di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana tidak memiliki Lesen Perkapalan Dalam Negeri.


“Rondaan dan pemantauan secara berterusan akan diteruskan bagi memastikan keselamatan perairan sentiasa terpelihara.

“Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melanggar
undang-undang di perairan negara.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan sebarang aktiviti mencurigakan atau kecemasan di laut diminta agar segera menyalurkan aduan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Aduan boleh dibuat melalui talian Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Miri di 085-649 111, talian Maritim Negeri Sarawak di 082-432 544 / 082-432 016, atau melalui talian kecemasan 999 bagi tindakan segera.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Two stone throwing culprits caught on CCTV
Next: Suspect in shooting remanded after a woman shot dead in Serian  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.