Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Vesel nelayan ditahan gagal kemuka sijil penguntukan radas
  • Tengah
  • WILAYAH

Vesel nelayan ditahan gagal kemuka sijil penguntukan radas

Utusan Sarawak 6 hours ago
ENAM kru vesel nelayan tempatan diperiksa oleh anggota Maritim Malaysia selepas ditahan kerana gagal mengemukakan sijil penguntukan radas dalam operasi di perairan Tanjung Manis.

TANJUNG MANIS: Sebuah vesel nelayan tempatan kelas C ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis selepas gagal mengemukakan sijil penguntukan radas, hari ini.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis, Mahkos Juing berkata, vesel berkenaan ditahan oleh bot ronda Maritim Malaysia yang menjalankan rondaan rutin Op PERMAI 01/2019 dan Op TIRIS 3.0 pada sekitar 1.26 petang.

Menurutnya, vesel tersebut dikesan pada kedudukan lebih kurang 12.4 batu nautika timur Tanjung Jerijeh.

“Vesel yang dinaiki enam kru warga tempatan itu disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana gagal mengemukakan sijil penguntukan radas semasa pemeriksaan,” katanya dalam kenyataan.

DIKESAN… Sebuah vesel nelayan tempatan kelas C yang ditahan Maritim Malaysia ketika rondaan Op PERMAI 01/2019 dan Op TIRIS 3.0 di kedudukan kira-kira 12.4 batu nautika timur Tanjung Jerijeh.

Beliau menjelaskan, penguntukan radas merupakan kebenaran rasmi yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk penggunaan frekuensi spektrum radio tertentu seperti yang diperuntukkan di bawah akta berkenaan.

Katanya, ia melibatkan kawal selia serta fi tertentu dan penting bagi memastikan penggunaan peranti radio dilakukan secara sah.

Vesel bersama kesemua kru kemudiannya ditahan dan diiring ke Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Tanjung Manis sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan komuniti maritim agar sentiasa mematuhi undang-undang serta prosedur keselamatan ketika berada di laut bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Sebarang maklumat atau kecemasan di laut boleh disalurkan melalui talian 999 atau menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Tanjung Manis di talian 011-3572 8765 serta Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di talian 082-432 544.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Dari merakam detik ke detik getir, jurugambar diuji pelbagai penyakit
Next: Operasi pemadaman kebakaran tanah gambut di Kampung Penasu ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.00 petang tadi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.