MAX Verstappen memberikan kemenangan pertama Red Bull di Silverstone sejak 2012 pada Ahad ketika dia memanfaatkan strategi unggul dalam keadaan cuaca panas untuk mengalahkan kedua-dua kereta Mercedes dan menuntut kemenangan di Ulang Tahun ke-70 Grand Prix.
Itu merupakan kemenangan pertama pemandu dari Belanda musim ini setelah Mercedes memenangi keempat-empat perlumbaan pembukaan musim ini dan kesembilan sepanjang kariernya.
“Saya rasa kami melakukan semuanya dengan sempurna hari ini,” katanya. “Terima kasih.”
Bos pasukannya Christian Horner menjawab dengan gurauan pasukan: “Itu hebat…. dibersihkan sepenuhnya.”
Verstappen berterima kasih di atas kemenangannya dengan keputusan pasukan untuk memulakan perlumbaan dengan tayar keras sementara pesaing utamanya semuanya bermula dengan tayar ‘medium’, kedua-dua kereta Mercedes itu bergelut untuk menguruskan pengunaan tayar sepanjang perlumbaan.
Verstappen menang dengan 11.326 saat di hadapan pendahulu kejohanan dan juara enam kali, Lewis Hamilton yang memintas rakan sepasukan Mercedes, Valtteri Bottas di peringkat akhir perlumbaan. Pemandu dari Finland itu menduduki tempat ketiga.
Penamat podium Hamilton bermaksud dia menyamai rekod kerjaya Michael Schumacher dengan 155 penamat podium. Ia juga merupakan rekod dengan memungut mata dalam 38 perlumbaan berturut-turut.
Charles Leclerc menduduki tempat keempat selepas pemanduan hebat untuk Ferrari di hadapan Alex Albon dalam Red Bull kedua, Lance Stroll dan rakan sepasukan Racing Point, Nico Hulkenberg.
Esteban Ocon menduduki tempat kelapan untuk Renault di hadapan Lando Norris dari McLaren dan Daniil Kvyat dari Alpha Tauri.
Ini adalah kali pertama perlumbaan dimenangi oleh pemandu yang tidak memulakan perlumbaan di petak pertama dalam tujuh perlumbaan sejak Grand Prix Mexico tahun lalu. – AFP