Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Versi beta awal ‘Grokipedia’ – ensiklopedia baharu ganti Wikipedia, bakal dilancarkan
  • GLOBAL

Versi beta awal ‘Grokipedia’ – ensiklopedia baharu ganti Wikipedia, bakal dilancarkan

Utusan Sarawak 11 hours ago
ELON Musk umum akan lancarkan Grokipedia dalam tempoh dua minggu. Foto AFP

MOSCOW: Usahawan bilionair dan jurutera terkenal Amerika Syarikat Elon Musk, mengumumkan pada Ahad yang versi beta awal bagi projek ensiklopedia dalam talian baharu yang dinamakan ‘Grokipedia’, yang dibangunkan oleh syarikat kecerdasan buatannya xAI, akan dilancarkan dalam tempoh dua minggu, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Pada akhir September, Musk mengumumkan, xAI akan menulis semula kandungan Wikipedia, mengambil kira sumber media yang kini dilarang daripada dirujuk di laman itu dan akan menerbitkan hasilnya secara domain awam. Beliau menyifatkan projek baharu itu sebagai penambahbaikan ketara berbanding Wikipedia.

“Versi 0.1 beta awal Grokipedia akan diterbitkan dalam dua minggu,” kata Musk di platform media sosial Х.

PROJEK ensiklopedia dalam talian baharu dinamakan ‘Grokipedia’

Pada awal September, Musk turut menyokong gesaan untuk memberhentikan pembiayaan kepada Wikipedia selepas penerbitan sebuah artikel yang melabel aktivis konservatif AS Charlie Kirk, sebagai seorang ‘nasionalis kulit putih’.

xAI, syarikat AI milik Musk, sedang membangunkan teknologi kecerdasan buatan di bawah jenama Grok, yang diperkenalkan pada November 2023. Pada Mac 2024, xAI membuka kod sumber bagi sistem Grok kepada umum.- Bernama-Sputnik/Ria Novosti

Continue Reading

Previous: Takaichi dipilih ketuai LDP, buka laluan jadi PM wanita pertama Jepun
Next: Bau durian cetus beberapa operasi kecemasan di bandar Jerman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.