Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Vatican: Pope Francis meninggal dunia akibat strok, kegagalan jantung
  • GLOBAL

Vatican: Pope Francis meninggal dunia akibat strok, kegagalan jantung

Utusan Sarawak 3 weeks ago
GAMBAR mendiang Pope Francis dipamerkan di Katedral St Patrick di Melbourne, Australia hari ini. FotoAFP

ISTANBUL: Paus Francis meninggal dunia akibat strok diikuti koma dan kegagalan jantung, menurut pengumuman Vatican, semalam.

“Punca kematian Paus Francis dikenal pasti disebabkan strok, diikuti dengan koma dan kegagalan kardiosirkulatori atau fungsi jantung dan peredaran darah yang tidak dapat dipulihkan,” kata doktor Vatican Andrea Arcangeli dalam sijil kematian, menurut Anadolu Ajansi (AA).

Vatican mengesahkan kematian itu melalui thanatografi elektrokardiografi, berdasarkan sijil rasmi yang dikeluarkan oleh Arcangeli, ketua Direktorat Kesihatan dan Kebersihan Negara Vatican City.

Holy See juga mengeluarkan wasiat Paus bertarikh 29 Jun 2022, yang mengandungi hasrat terakhir dan arahan pengebumiannya.

“Saya memohon agar jasad saya disemadikan – menunggu hari Kebangkitan – di Basilika Kepausan Saint Mary Major,” tulis Paus, sambil menyatakan bahawa di situlah beliau selalu berdoa “pada awal dan akhir setiap Lawatan Apostolik.”

Beliau seterusnya meminta agar makamnya sederhana, di dalam tanah, dan “tanpa hiasan khusus.”

Vatican sebelum ini mengumumkan kematian Paus Francis, 88, yang telah bergelut dengan pelbagai penyakit sepanjang 12 tahun kepausannya.

Kesihatannya merosot secara mendadak dalam beberapa minggu kebelakangan ini susulan jangkitan radang paru-paru berganda yang teruk, menyebabkan mendiang dirawat di hospital di Rom selama lebih sebulan. – Bernama – Anadolu

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Apa akan berlaku selepas kematian Paus Francis
Next: Noor Aishah, isteri Presiden pertama Singapura Yusof Ishak meninggal dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.