Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Varian Delta menular di luar Auckland
  • GLOBAL

Varian Delta menular di luar Auckland

Utusan Sarawak 4 years ago
BEBERAPA orang melintasi jalan yang kosong susulan sekatan pergerakan yang ketat di Auckland. • Foto AFP

WELLINGTON:  Wabak Delta menular di luar Auckland, mendorong Perdana Menteri Jacinda Ardern untuk menambah sekatan pergerakan di wilayah-wilayah lain.

Terdapat 32 kes koronavirus baharu pada hari Ahad di Auckland, yang telah menjalani perintah berkurung sejak pertengahan Ogos dan dua kes di wilayah Waikato, sekitar 147 kilometer di selatan Auckland.

Ardern berkata, beberapa bahagian di wilayah itu akan menjalani perintah berkurung selama lima hari.

Katanya, kerajaan akan memutuskan pada hari Isnin sama ada 1.7 juta penduduk Auckland perlu menjalani perintah berkurung di seluruh New Zealand.

Ketika sebahagian besar penduduk negara ini sudah kembali kepada kehidupan normal, bandar di North Island masih menjalani sekatan pergerakan.

 “Kami melakukan segala yang mampu untuk memastikan kes-kes itu terbatas di Auckland,” kata Ardern.

Selama ini New Zealand adalah di antara negara yang merekodkan sifar kes jangkitan pada tahun lalu.

Namun wabak varian Delta menular pada bulan Ogos lalu memaksa New Zealand melaksanakan sekatan pergerakan.

Arden memberi jaminan bahawa sekatan pergerakan berakhir jika 90 peratus populasi menerima vaksinasi sepenuhnya.

Pada masa ini New Zealand merekodkan 46 peratus vaksinasi.

Vaksinasi penuh akan menjadi syarat bagi warganegara bukan New Zealand yang tiba di negara ini mulai 1 November, kata Menteri Respons Covid-19, Chris Hipkins pada hari Ahad. –AFP

Continue Reading

Previous: Indonesia larang swafoto tanpa pelitup muka
Next: Qatar lakukan penerbangan evakuasi kelima

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.