PETUGAS di makmal LifeBrain menyediakan sampel ujian calitan PCR di Vienna. • Foto AFP
COLUMBIA: Terkini satu varian BA.2 baharu yang merupakan subvarian Omicron iaitu strain dominan virus SARS-CoV-2 yang menyebabkan Covid-19.
Walaupun asal usul BA.2 belum jelas, varian itu menjadi strain dominan di banyak negara seperti India, Denmark dan Afrika Selatan.
Malah, lapor AFP, varian itu terus merebak ke Eropah, Asia dan negara lain di dunia.
Varian Omicron yang dikenali sebagai B.1.1.529 mempunyai tiga subvarian utama iaitu BA.1, BA.2 dan BA.3.
Sesetengah saintis menggelar BA.2 sebagai varian ‘senyap’ kerana tidak seperti BA.1 yang tidak mempunyai genetik tertentu bagi membezakannya dengan varian Delta.
Walaupun ujian calitan Polymerase Chain Reaction (PCR) standard masih dapat mengesan varian BA.2, mereka mungkin tidak dapat membezakannya dengan Delta.
BA.2 itu juga dianggap lebih mudah berjangkit dan merebak lebih cepat berbanding BA.1.
Kajian terkini dari United Kingdom dan Denmark mencadangkan BA.2 mungkin menimbulkan risiko kemasukan ke hospital sama seperti BA.1, walaupun varian ini dipercayai tidak menyebabkan individu menjadi lebih sakit.
Dalam pada itu, kajian terkini juga mendapati individu yang pernah dijangkiti BA.1 mempunyai perlindungan imuniti yang kuat terhadap BA.2.
Disebabkan BA.1 menyebabkan jangkitan yang meluas di seluruh dunia, kemungkinan besar peratusan penduduk mempunyai imuniti perlindungan terhadap BA.2 adalah tinggi.
Sebab itu, segelintir saintis meramalkan BA.2 berkemungkinan tidak menyebabkan gelombang besar seperti jangkitan subvarian lain.
Peningkatan BA.2 di beberapa negara tertentu berkemungkinan besar disebabkan oleh gabungan kebolehjangkitan yang tinggi, imuniti semakin berkurangan dan kelonggaran sekatan Covid-19. – AFP