MANCHESTER United mendapat bantuan kontroversial VAR dalam kemenangan 3-0 mereka di Aston Villa semalam.
United terlalu kuat untuk pasukan dalan zon penyingkiran Villa, tetapi gol pembukaan mereka datang menerusi sepakan penalti yang meragukan yang menyebabkan pemain tuan rumah berang.
Pada minit ke-27, pemain tengah United, Bruno Fernandes berpusing ke arah Ezri Konsa sebelum jatuh dalam kawasan penalti walaupun terdapat sedikit bukti kekasaran yang dilakukan oleh pemain pertahanan Villa.
Penalti itu dikekalkan setelah tinjauan VAR dan Fernandes menjaringkan gol kelapannya sejak berpindah dari Sporting Lisbon pada Januari.
“Semuanya berubah berdasarkan keputusan penalti. Sentuhan pertama Fernandes ada pada bola, sentuhan keduanya terkena kaki Konsa,” kata pengurus Villa, Dean Smith.
“Saya dapat memahami (pengadil) Jon (Moss) salah tetapi jika itu berlaku kepada VAR, saya tidak tahu apa yang mereka lihat. Ini adalah keputusan yang memalukan.”
Bos United, Ole Gunnar Solskjaer tidak setuju: “Saya rasa ia adalah penalti. Pemain itu mengulurkan kakinya, Fernandes melakukan ‘Zidane turn’ yang hebat dan dia mendekatinya.”
United menggandakan kelebihan mereka dalam masa kecederaan separuh pertama pada apabila pemain berusia 18 tahun Mason Greenwood menjaringkan gol keempatnya dalam tiga perlawanan dengan penyudah kencang.
Paul Pogba menjaringkan gol ketiga pada minit ke-58, pemain tengah dari Perancis itu menjaringkan gol pertamanya dalam musim yang dilanda masalah kecederaan dengan percubaan rendah daripada jarak 16 meter.
Pasukan tempat kelima United kini berada satu mata di belakang pasukan tangga keempat Leicester dalam perlumbaan untuk layak ke Liga Juara-Juara UEFA.
United, yang tidak tewas dalam 17 perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan, merupakan pasukan pertama dalam sejarah Liga Perdana yang memenangi empat perlawanan berturut-turut dengan kelebihan tiga gol atau lebih.
Villa kedua terbawah berada empat mata di bawah zon selamat dan belum menang dalam enam perlawanan sejak liga disambung semula. – AFP