Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Van Dijk wira Liverpool atasi Atletico
  • SUKAN

Van Dijk wira Liverpool atasi Atletico

Utusan Sarawak 17 hours ago

Van Dijk meraikan jaringan kemenangan Liverpool yang dihasilkannya. Foto AFP

LIVERPOOL: Virgil van Dijk muncul wira apabila menanduk gol kemenangan pada masa kecederaan untuk membantu Liverpool menewaskan Atletico Madrid 3-2 pada aksi pembukaan Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi tadi, sekali gus mencetus konfrontasi panas membabitkan Diego Simeone dan penyokong tuan rumah di Anfield.

Simeone diarah keluar padang oleh pengadil Itali, Maurizio Mariani selepas insiden itu, biarpun Atletico berjaya bangkit daripada ketinggalan 0-2 hasil dua jaringan Marcos Llorente.

Liverpool bermula garang apabila Mohamed Salah menyumbang dua gol awal, termasuk sepakan percuma yang terkena Andy Robertson sebelum dia menambah jaringan kedua dengan rembatan kemas.

Namun, deja vu hampir berulang apabila Llorente, yang pernah menjadi ‘pemangsa’ The Reds lima tahun lalu, menyamakan kedudukan dengan dua gol peribadi, termasuk satu yang terkena Alexis Mac Allister.

Van Dijk akhirnya memusnahkan kebangkitan pelawat apabila menanduk masuk hantaran sudut Dominik Szoboszlai pada minit ke-92 untuk memastikan tiga mata penuh milik tuan rumah.

Ketegangan memuncak sebaik wisel penamat apabila Simeone dikatakan mahu seorang penyokong Liverpool dihalau kerana didakwa menghina dirinya sepanjang perlawanan.

“Reaksi saya tidak boleh dijustifikasi, tetapi bayangkan dihina 90 minit tanpa henti. Sama seperti kita lawan isu perkauman, perkara ini juga wajar diberi perhatian,” kata Simeone.

Penyerang Liverpool, Mohamed Salah (kanan) menjaringkan gol ketika aksi Liga Juara-Juara Eropah menentang Atletico Madrid di Anfield, Liverpool. – Foto AFP

Penyerang Mesir itu yang sebelum ini dilihat agak tenggelam selepas ketibaan trio Florian Wirtz, Hugo Ekitike dan Alexander Isak, kembali menunjukkan bisanya dengan kelincahan dan penyudah tajam.

Salah hampir melengkapkan hatrik apabila percubaannya terkena tiang selepas menerima umpanan Wirtz.

Pengendali Liverpool, Arne Slot bagaimanapun kurang berpuas hati dengan kemenangan dramatik itu.

“Perlawanan ini sepatutnya boleh dimuktamadkan lebih awal. Kami cipta banyak peluang untuk gol ketiga,” katanya.

Walaupun menang semua lima perlawanan awal musim ini di Liga Perdana Inggeris dan UCL dengan jaringan lewat, kelemahan benteng The Reds masih ketara apabila sudah empat kali melepaskan dua gol atau lebih musim ini. – AFP

Continue Reading

Previous: Aaron-Wooi Yik, Pearly-Thinaah cemas sebelum mara pusingan kedua
Next: PSG belasah Atalanta 4-0

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.