Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Van Dijk tenggelamkan Sunderland, Liverpool terus buru UCL
  • SUKAN

Van Dijk tenggelamkan Sunderland, Liverpool terus buru UCL

Utusan Sarawak 5 hours ago

Virgil van Dijk (baju no.4) meraikan jaringan kemenangan Liverpool ke atas Sunderland dalam aksi Liga Perdana Inggeris. Foto AFP

SUNDERLAND (UK): Virgil van Dijk menghidupkan kembali peluang Liverpool untuk layak ke Liga Juara-Juara apabila jaringannya menghadiahkan kemenangan 1-0 ke atas Sunderland di Stadium of Light, awal pagi tadi.

Kapten The Reds itu meledak gol pada babak kedua untuk menghadiahkan kekalahan pertama Sunderland di laman sendiri dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Liverpool yang berada di tangga keenam kini hanya dua mata di belakang Chelsea (kelima) dan tiga mata di belakang Manchester United (keempat), sekali gus kembali dalam persaingan memburu kelompok lima terbaik yang dijangka menjamin tiket ke Liga Juara-Juara.

Pengurus Arne Slot sebelum ini mengakui musim ini paling sukar dalam kariernya dan menegaskan pasukannya perlu “hampir sempurna” untuk layak ke pentas elit Eropah itu.

Walaupun tidak mempamerkan aksi terbaik, Liverpool tetap kental meraih tiga mata penting.

Florian Wirtz menjadi ancaman utama pelawat dengan beberapa percubaan berbahaya, termasuk rembatan jarak jauh yang memaksa penjaga gol Robin Roefs bekerja keras serta satu percubaan terkena tiang.

Sunderland turut mengancam dan mendakwa sepatutnya diberikan penalti apabila Ibrahima Konate menjatuhkan Brian Brobbey, namun rayuan itu tidak dilayan pengadil.

Gol tunggal perlawanan hadir pada minit ke-61 apabila Van Dijk menanduk masuk sepakan penjuru Mohamed Salah, dengan percubaan pemain Sunderland, Habib Diarra, untuk mengeluarkan bola hanya menolak masuk ke bumbung jaring sendiri.

Dalam pada itu, Liverpool terus dibelenggu masalah kecederaan apabila Wataru Endo, yang diturunkan di posisi bek kanan, terpaksa dikeluarkan dengan pengusung pada separuh masa kedua.

Namun, anak buah Slot bertahan dengan baik sehingga wisel penamat untuk memastikan kemenangan berharga dibawa pulang. – AFP

Virgil van Dijk (baju no.4) meraikan jaringan kemenangan Liverpool ke atas Sunderland dalam aksi Liga Perdana Inggeris. Foto AFP

Continue Reading

Previous: Spurs pecat Frank selepas lapan bulan
Next: City rapat jurang dengan Arsenal selepas benam Fulham

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.