Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Van Dijk mohon maaf, Liverpool ‘bungkus’ di Etihad
  • SUKAN

Van Dijk mohon maaf, Liverpool ‘bungkus’ di Etihad

Utusan Sarawak 7 hours ago
KAPTEN Liverpool, Virgil van Dijk. Foto AFP

LONDON: Kapten Virgil van Dijk tampil memohon maaf kepada penyokong Liverpool selepas kekalahan memalukan 0-4 kepada Manchester City pada suku akhir Piala FA.

Skuad kendalian Arne Slot longlai di Stadium Etihad dengan dua gol awal Erling Haaland sebelum Antoine Semenyo menambah derita sejurus babak kedua bermula. Haaland kemudian melengkapkan hatrik.

Van Dijk mengakui pasukan ‘mengalah’ pada separuh masa kedua, malah dia sendiri bertanggungjawab selepas menghadiahkan penalti yang disempurnakan Haaland.

“Saya hanya boleh minta maaf kepada penyokong, terutama prestasi separuh masa kedua. Kami kecewakan semua pihak,” katanya.

TEKANAN MENINGKAT

Kekalahan itu menyaksikan kira-kira 8,000 penyokong Liverpool meninggalkan stadium lebih awal, tanda protes terhadap aksi hambar The Reds.

Situasi itu turut meningkatkan tekanan ke atas Slot menjelang aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara UEFA menentang Paris Saint-Germain di Perancis, awal pagi Khamis ini.

LIVERPOOL tersungkur 0-4 kepada Manchester City dalam aksi suku akhir Piala FA di Stadium Etihad. Foto AFP

PERLU BANGKIT SEGERA

Dengan peluang trofi domestik sudah berkubur, Liverpool kini perlu fokus kepada Liga Juara-Juara dan perebutan tempat ke kejohanan musim depan.

Van Dijk menyeru rakan sepasukan kekal bersatu menjelang aksi penting termasuk pertemuan Liga Perdana Inggeris menentang Fulham.

“Kami kena bangkit segera. Kalau masih mahu selamatkan musim ini, tiga perlawanan akan datang perlu jadi luar biasa,” katanya. – AFP

Continue Reading

Previous: Piala Malaysia: Pertahanan hebat Kuching City paksa Selangor FC kongsi mata di separuh akhir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.