GONCALO Guedes menjaringkan gol solo yang memukau ketika Valencia mengekalkan peluang untuk mengesahkan tempat dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara UEFA dengan mengalahkan Osasuna 2-0 semalam.
Guedes mengawal bola dalam kawasan sendiri dan melepasi empat pemain Osasuna sebelum melengkapkan larian yang menakjubkan dengan rembatan ke sudut atas gawang lawan.
Rodrigo Moreno menjadikan kedudukan 2-0 di Mestalla manakala Osasuna mempunyai peluang di babak kedua, Valencia memperolehi kemenangan selesa sekali gus mengekalkan harapan menduduki empat tempat teratas.
Valencia kekal di tangga kelapan tetapi mengurangkan jurang di belakang Sevilla di tempat terakhir kelayakan ke Liga Juara-Juara kepada hanya enam mata.
Osasuna, yang dijangkakan menjadi antara pasukan yang paling banyak beraksi dalam stadium kosong selepas turun ke tangga ke-12.
Mereka kini hanya mendapat satu mata daripada tiga perlawanan sejak liga disambung semula dengan kekalahan terbaru 5-0 di tempat sendiri kepada Atletico Madrid.
Perlawanan menentang Alaves, Leganes dan Eibar iaitu lawan yang kini berada di bawah mereka dalam liga harus memutuskan sama ada mereka akan diseret ke dalam saingan penyingkiran.
Valencia mengurangkan jurang di belakang Sevilla yang berada di kedudukan keempat kepada enam mata.
Osasuna turun ke tangga ke-12 dan lawan mereka yang seterusnya adalah Alaves, yang mengalami kekalahan 6-0 di tangan pasukan yang turut bergelut iaitu Celta Vigo.
Alaves bermain dengan 10 orang selepas 27 minit ketika Martin Aguirregabiria dibuang padang dan Celta berjaya menggunakan sepenuhnya kesempatan tersebut. – AFP