Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Vaksinasi untuk petugas barisan hadapan selesai hujung bulan
  • NASIONAL

Vaksinasi untuk petugas barisan hadapan selesai hujung bulan

Utusan Sarawak 4 years ago

MELAKA, 20 April -- Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin (dua, kanan) beramah mesra dengan sebahagian warga emas yang hadir bagi mendapatkan suntikan dos pertama vaksin COVID-19 pada Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Fasa Kedua di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Tun Ali hari ini. Sebanyak 29 PPV akan dibuka di negeri itu secara berperingkat bagi melancarkan pemberian vaksin dikalangan rakyat negeri itu bagi fasa kedua dan daripada jumlah itu, tiga PPV telah dibuka serentak bermula semalam. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

MENTERI Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin (dua, kanan) beramah mesra dengan sebahagian warga emas yang hadir bagi mendapatkan suntikan dos pertama vaksin Ccovid-19 pada Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Fasa Kedua di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Tun Ali semalam.• Foto BERNAMA

MELAKA: Sekurang-kurangnya 95 peratus daripada sejumlah 571,000 petugas barisan hadapan telah menerima dos pertama vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Fasa Pertama.

Menteri Penyelaras program berkenaan Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya menjangka pemberian suntikan vaksin petugas barisan hadapan akan selesai pada hujung bulan ini.

Katanya, di Melaka sendiri sebahagian besar petugas barisan hadapan telah menerima suntikan vaksin yang lengkap, manakala bakinya sedang menunggu untuk melengkapkan suntikan dos kedua.

Beliau berkata demikian ketika meninjau Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Fasa Kedua yang turut dihadiri Exco Kesihatan dan Antidadah negeri Datuk Rahmad Mariman dan Pengarah Jabatan Kesihatan Melaka Datuk Sri Ismail Ali di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Tun Ali di Bukit Katil di sini semalam.

Khairy yang juga Menteri Sains, Tekonologi dan Inovasi berkata, 84 peratus atau 528 daripada 540 dos vaksin berjaya diberikan pada hari pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Fasa Kedua di Melaka, Isnin lepas.

Beliau berkata, 16 peratus individu di bawah Fasa Kedua berkenaan tidak hadir atas pelbagai sebab dan pihaknya akan memperincikan perkara berkenaan selepas ini.

Khairy berkata sepatutnya kehadiran penerima suntikan vaksin Fasa Kedua pada hari pertama semalam antara 95 hingga 100 peratus namun pihaknya berpuas hati dengan kehadiran 84 peratus sekali gus menunjukkan orang ramai yakin dengan vaksin yang diberi kerajaan.

“Kita juga minta supaya tiada pembaziran di PPV… kalau mereka yang diberi janji temu tak hadir, peraturan dia adalah tak bazir vaksin dan beri kepada siapa-siapa yang rela untuk terima vaksin,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Dasar pelaburan baharu dibentang kepada Kabinet
Next: Agong ucap tahniah kepada Dr. Adeeba

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.