Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Utusan Sarawak lancar ‘Iconic Business Book’
  • TEMPATAN

Utusan Sarawak lancar ‘Iconic Business Book’

Utusan Sarawak 1 day ago
PELANCARAN… Senator Dato Ahmad Ibrahim melancarkan buku ikonik – Iconic Business Book. Turut kelihatan Simon Wong, Datuk Jonathan Chai, Ivy Ngo dan Kadir Dikoh.

KUCHING: Utusan Sarawak malam ini melancarkan buku ikonik – Iconic Business book, buku pertama seumpamanya diterbitkan dalam bahasa Inggeris.

Buku setebal 173 ini mengisahkan cerita mendalam dan komprehensif mengenai kejayaan perusahaan tempatan, sekali gus memberi inspirasi dan sumber yang amat berharga untuk generasi akan datang.

Majlis pelancaran itu dilakukan oleh Ahli Dewan Negara, Senator Dato Ahmad Ibrahim.

Turut hadir Pengarah Urusan Kumpulan Palmhead Holdings Sdn Bhd yang juga Timbalan Pengarah Urusan Ta Ann Holdings Bhd; Presiden Persatuan Sekolah Rendah Cina Bantuan Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian, Datuk Jonathan Chai; Pengurus Besar Utusan Sarawak, Ivy Ngo dan Penasihat Editorial Eksekutif Utusan Sarawak, Kadir Dikoh.

Pada majlis itu, enam syarikat yang usia penubuhannya lebih 50 tahun menerima anugerah ‘Longevity and Iconic Brand
awards, sebagai satu pengiktirafan.

Sembilan syarikat yang usia penubuhannya di Sarawak antara 30 hingga 49 tahun pula menerima anugerah ‘Impactful Brand awards’

Selain itu, 14 syarikat dengan usia penubuhannya di Sarawak antara 10 hingga 29 tahun menerima anugerah ‘Sustainable Innovation Brand’.

Sementara itu, melalui tanggungjawab sosial korporat (CSR) Utusan Sarawak turut menyampaikan sumbangan untuk dua organisasi iaitu untuk Persatuan Sekolah Rendah Cina Bantuan Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian, yang diterima oleh Presidennya, Datuk Jonathan Chai.

Turut menerimanya ialah Persatuan Kebajikan Kanak-Kanak Terencat Akal Sarawak (PERKATA) yang diterima oleh Pengetuanya, Wendy Mandau.

Majlis dimeriahkan dengan persembahan Lenny Chew yang membawa tiga lagu klasik ‘oldies’. Chew pernah muncul peserta ‘Top Ten Grand Finalist in Astro Talent Quest
2004′ dan juara pertandingan nyanyian Hokkien Sarawak.

Turut memeriahkan acara ialah persembahan tarian dan pemuzik dari Kampung Budaya Sarawak.

Kira-kira 500 orang hadir pada majlis yang penuh gemilang ini.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Buku ikonik perniagaan boleh dijadikan rujukan untuk pelabur ke Sarawak
Next: 200 projek kerajaan bernilai RM4.9 bilion dilaksanakan di Sarikei – Abang Johari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.