Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • UTS, GRM meterai MoU pertingkat usaha bidang pendigitalan dalam pendidikan
  • SEMASA

UTS, GRM meterai MoU pertingkat usaha bidang pendigitalan dalam pendidikan

Utusan Sarawak 8 months ago
PERSEFAHAMAN… Dr. Khairuddin (dua, kanan) bertukar dokumen MoU dengan Wong (dua, kiri) pada majlis yang berlangsung di bilik senat UTS, hari ini.

SIBU: Universiti Teknologi Sarawak (UTS) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Global Resources Management (GRM) sebagai usaha mempertingkatkan bidang pendigitalan dalam pendidikan.

Dalam majlis yang berlangsung hari ini, UTS diwakili oleh naib canselornya, Prof Datuk Dr. Khairuddin Ab Hamid, sementara GRM diwakili oleh Pengarah Eksekutifnya, Sylvester Wong.

Turut disaksikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik) UTS, Profesor Dr Mohammad Shahril Osman dan Pengarah Urusan GRM, Dato Stanley Ling Tiung Leng.

Dr. Khairuddin berkata, kerjasama antara UTS dan GRM adalah sejajar dengan matlamat kerajaan Sarawak dalam Rangka Tindakan Ekonomi Digital Sarawak 2030.

“Untuk mencapai matlamat itu, kita mesti mempunyai teknologi, perkhidmatan dan data. Universiti kita mesti memiliki keupayaan ini,” katanya.

Katanya, perkongsian ini akan memudahkan pertukaran pengetahuan, mewujudkan peluang latihan praktikal kepada pelajar dan menyediakan mereka untuk kerjaya yang berpusat di sekitar teknologi.

“Selain itu, usaha ini juga akan membolehkan kedua-dua pihak bekerjasama dalam bidang akademik, serta inisiatif penyelidikan dan pembangunan bersama.

“Ini terutamanya memfokuskan kepada teknologi baru muncul, khususnya Kepintaran Buatan, seperti pengkomputeran, pusat data dan infrastruktur.

“Mudah-mudahan, dengan mengintegrasikan teknologi dan infrastruktur yang disediakan oleh GRM, kami akan memasukkannya ke dalam kurikulum dan sukatan pelajaran kami,” ujarnya.

Sementara itu, Wong berharap melalui kerjasama ini, syarikat akan membina asas kepada pendigitalan bukan sahaja untuk UTS tetapi juga Sarawak.

“Kita masih muda walaupun di Malaysia dalam hal pendigitalan, kita perlu pergi untuk pendigitalan dahulu, kemudian baru kita boleh pergi untuk awan dan proses lain untuk menjadikan universiti ini sebagai sebuah universiti pintar,” katanya.

Beliau berkata, universiti akan memerlukan infrastruktur seperti Pusat Data untuk membolehkan matlamat ini menjadi kenyataan.

Oleh Akun Giman

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Isu ‘Abang Bas’ ditangani berlandaskan Akta Kanak-kanak 2001 – Nancy
Next: Kongres Antarabangsa Perubatan Tropika dan Malaria ke-21 himpunkan 1,200 peserta dari lebih 58 negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.