Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • UTS agih 500 bubur lambuk santuni komuniti di Dataran Tun Tuanku Bujang
  • SEMASA

UTS agih 500 bubur lambuk santuni komuniti di Dataran Tun Tuanku Bujang

Utusan Sarawak 5 hours ago
DR Khairuddin ketika mengagihkan bubur lambuk kepada orang awam hari ini.

SIBU: Surau Pusat Islam Universiti Teknologi Sarawak (UTS) dengan kerjasama Persatuan Wanita UTS mengagihkan sebanyak 500 bekas bubur lambuk kepada orang ramai di Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa Dua, hari ini.

Naib Canselor UTS, Profesor Datuk Dr Khairuddin Abdul Hamid berkata, sebanyak 700 bekas bubur lambuk disediakan sempena program berkenaan.

“Daripada jumlah tersebut, 500 diagihkan di lokasi ini manakala 200 lagi diagihkan di tempat lain termasuk kepada golongan gelandangan dan mereka yang kurang berkemampuan, yang menjadi fokus utama program ini,” katanya ketika ditemui pemberita.

Menurut beliau, program penyediaan dan pengagihan bubur lambuk merupakan aktiviti tahunan UTS setiap kali Ramadan sebagai tanda keprihatinan terhadap masyarakat setempat.

Bagaimanapun jelasnya, terdapat sedikit kelainan pada tahun ini apabila lokasi pengagihan diubah berbanding tahun sebelumnya yang diadakan di Kampung Bandung.

“Disebabkan kawasan tersebut sedang menjalani proses pengubahsuaian yang besar, pihak universiti bersetuju untuk memindahkan program ke lokasi baharu ini.

“Perubahan ini juga membuka peluang kepada masyarakat di kawasan lain untuk turut merasai usaha murni UTS dalam menyantuni komuniti sepanjang Ramadan,” ujarnya.

Tambah beliau, pemilihan lokasi berhampiran bazar Ramadan turut memeriahkan suasana selain memudahkan orang ramai menikmati juadah yang disediakan.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak termasuk syarikat swasta dan individu perseorangan yang sentiasa menyokong serta menyumbang bagi menjayakan program berkenaan sepanjang Ramadan.

Oleh Tarani Lanting

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Vaksin tifoid wajib untuk pengendali makanan bazar Ramadan
Next: Menara Taming Sari rekod hampir 9.8 juta pengunjung sejak 2008

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.