Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • UTM anjur ‘Sports Synergy Carnival’ 10 hingga 11 Mei
  • SUKAN

UTM anjur ‘Sports Synergy Carnival’ 10 hingga 11 Mei

Utusan Sarawak 3 weeks ago

KUALA LUMPUR: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama Pusat Sukan Universiti Malaya (UM) dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) bakal menganjurkan Sports Synergy Carnival pada 10 hingga 11 Mei.

UTM dalam kenyataan hari ini memaklumkan kejohanan yang memasuki edisi kedua itu akan menghimpunkan sembilan kontinjen terdiri daripada universiti dan agensi awam sekitar Lembah Klang, antaranya UTM, UM, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Hospital Kuala Lumpur, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kementerian Pertahanan Malaysia, Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur dan Bernama.

Menurut kenyataan itu, lebih 600 atlet akan menyertai kejohanan berkenaan yang akan dijalankan serentak di empat lokasi sekitar Lembah Klang, termasuk Kampus UTM Kuala Lumpur dan UM dengan sokongan 80 petugas sekretariat.

“Penganjuran kejohanan itu bertujuan memperkasakan pembangunan bakat sukan dalam kalangan staf serta mengukuhkan jalinan kerjasama dan ukhuwah antara institusi pengajian tinggi awam dan agensi kerajaan.

“Ini juga penganjuran sulung yang melibatkan penyertaan agensi awam, dengan UM sebelum ini muncul juara keseluruhan pada edisi pertama kejohanan pada 2022,” menurut kenyataan itu.

Sebanyak sembilan acara bakal dipertandingkan pada edisi kali ini, melibatkan bola sepak sembilan sebelah, bola jaring, bola tampar lelaki, dart berpasukan, tenpin bowling lelaki dan wanita, serta badminton kategori berpasukan lelaki, beregu wanita dan perseorangan wanita. — Bernama

Continue Reading

Previous: Aira mara ke final Terbuka Bermuda
Next: Snuker wajar diiktiraf sebagai sukan rasmi di Sarawak – Presiden SCRCS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.