Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Utamakan projek pembangunan prasarana Sibu antara 9 usul dilulus
  • Tengah
  • WILAYAH

Utamakan projek pembangunan prasarana Sibu antara 9 usul dilulus

Utusan Sarawak 6 months ago

Chieng (empat dari kiri) dan Datuk Chieng Buong Toon (lima dari kiri) sambil melaungkan Sa'ati.

SIBU: Sembilan usul dan cadangan telah diluluskan pada mesyuaray tiga tahun sekali (TGM) Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) cawangan Bukit Assek untuk rancangan tindakan yang mengutamakan projek pembangunan dan infrastruktur di sini.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Assek, Joseph Chieng Jin Ek, antara usul yang dibentangkan adalah Projek Pembangunan Semula Bukit Assek, dan kerajaan Sarawak digesa untuk mempercepatkan pelaksanaan pelan pembangunan semula yang telah menerima komitmen kerajaan.

“Projek ini adalah harapan utama penduduk Sibu dan dijangka membawa manfaat besar kepada pembangunan ekonomi dan sosial kawasan ini,” katanya ketika ditemui wartawan selepas mesyuarat di pusat khidmat SUPP Bukit Assek di sini semalam.

Katanya, usul seterusnya yang dipersetujui adalah untuk meminta kerajaan mempercepatkan fasa empat Pelan Mitigasi Banjir Sibu bagi mengurangkan risiko banjir yang telah menyebabkan kerosakan harta benda.

“Projek ini kini berada di peringkat reka bentuk dan tender, namun kami berharap ia dapat dimulakan segera. Ia menghubungkan bahagian dari Jalan Ek Dee ke Paramount Hotel, melengkapkan pautan yang hilang. Ini adalah projek keempat, dan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Sarawak,” katanya.

Usul lain turut menggesa agar naik taraf segera Jalan Wong King Huo bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas, terutama selepas pembukaan laluan baharu yang telah menarik lebih banyak kenderaan.

Usul dan cadangan lain termasuk pemulihan hak Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), pembinaan Pusat Jantung dan Kanser Satelit di Sibu, naik taraf Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce ke Lapangan Terbang Sibu, meningkatkan jumlah penerbangan dari Sibu semasa musim perayaan, dan pembinaan jejambat di lokasi strategik seperti persimpangan Jalan Wong King Huo, Jalan Salim, dan Jalan Wong Soon Kai.

“Usul terakhir adalah naik taraf Jalan Tun Abdul Rahman, yang berfungsi sebagai jalan rasmi atau protokol,” tambahnya.

Sementara itu, TGM menyaksikan Datuk Chieng Buong Toon dipilih semula sebagai pengerusi bagi cawangan SUPP Bukit Assek, manakala Chieng dilantik semula sebagai timbalan pengerusi.

Lau Hieng Choon, Phuang Leong Hua, dan Chieng Buong Kiong dilantik sebagai naib pengerusi.

Pang Liong Huat dilantik sebagai setiausaha, dibantu oleh Chiu Jin Jin, Lau Kwong, dan Jimmy Patrick Yiu Wan Wei.

Jawatan bendahari dipegang oleh Tiong Eng Lee, dibantu oleh Tang Chou Leong.

Oleh TARANI LANTING 

Continue Reading

Previous: Hope Place terus santuni keluarga susah
Next: Khidmat bomba dipanggil selamatkan kucing atas pokok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.