Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Utamakan pelan pemulihan usahawan, koperasi
  • BISNES

Utamakan pelan pemulihan usahawan, koperasi

Utusan Sarawak 5 years ago

KUALA LUMPUR, 3 Ogos -- Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bercakap pada sidang media mengenai prestasi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Tahun 2020 di Menara Bank Rakyat hari ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

DATUK Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi memberi keutamaan pelaksanaan program dan inisiatif bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS), mikro dan koperasi yang terjejas akibat Covid-19 meneruskan perniagaan mereka.

Menterinya, Datuk Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, usaha di bawah Pelan Pemulihan Usahawan dan Koperasi itu penting berikutan impak penularan Covid-19 adap usahawan perlu ditangani secara lebih agresif dan khusus dengan menggunakan sumber kewangan serta kepakaran kerajaan.

Menurutnya, pada masa ini, kementerian memberi perhatian khusus kepada pembangunan perusahaan PKS, mikro dan koperasi terutamanya bagi menangani isu dan cabaran semasa serta tempoh pasca-Covid-19.

“Ini dilakukan bagi mencapai hasrat dan matlamat yang digariskan dalam Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN).

“Kita hanya ada tempoh 10 tahun bagi mencapai matlamat DKN tersebut,” katanya pada sesi soal jawab lisan di persidangan Dewan Rakyat, semalam

Selain itu, ketika menjawab pertanyaan Datuk Wira Dr.Mohd Hatta Ramli (PH-Lumut) mengenai perkembangan pembangunan industri kereta terbang, Wan Junaidi menjelaskan bahawa istilah kereta terbang itu sebenarnya merujuk ‘superdrone’ mengikut konteks sebenar dalam industri mobiliti udara.

Malah, katanya, industri tersebut amat berpotensi tinggi di pasaran tempatan dan antarabangsa selain boleh dimanfaatkan pelbagai sektor lain.

“Pada masa ini, projek-projek Mobiliti Udara ini diterajui dan dibiayai sepenuhnya oleh sektor swasta dan tidak melibatkan sebarang peruntukan kerajaan,” katanya.

Wan Junaidi berkata kementerian tersebut sebaliknya berperanan sebagai pemudah cara pembangunan usahawan PKS tempatan dalam industri tersebut yang menumpukan perkhidmatan dron dan ‘super drone’.- Bernama

Continue Reading

Previous: Bangunkan koridor lateks negara di Pantai Timur
Next: Pertingkat pembiayaan alternatif

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.