Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Utamakan ketepatan fakta berbanding kepantasan berita
  • SEMASA

Utamakan ketepatan fakta berbanding kepantasan berita

Utusan Sarawak 11 hours ago
PENGARAH Media dan Komunikasi di Jabatan Ketua Menteri Sabah Datuk Lucy Irene Yong mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor pada majlis sambutan Aidilfitri bersama-sama pengamal media Sabah, malam tadi.

KOTA KINABALU: Pengamal media diingatkan agar sentiasa mengutamakan ketepatan dan kesahihan berita berbanding hanya mengejar kepantasan pelaporan.

Pengarah Media dan Komunikasi di Jabatan Ketua Menteri Sabah Datuk Lucy Irene Yong berkata dalam era lambakan maklumat masa kini, media perlu menjadi rujukan utama masyarakat dengan menyebarkan fakta yang betul.

“Walaupun peranan media hari ini menuntut kepantasan, namun ia tidak harus mengabaikan ketepatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor pada majlis sambutan Aidilfitri bersama-sama pengamal media Sabah di sini malam tadi.

Kerajaan Negeri Sabah, menurut beliau amat menghargai peranan penting media sebagai medium menyampaikan dasar kerajaan secara jelas selain membawa suara rakyat kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan.

Bagi menyokong peranan itu, Lucy memberi jaminan pihaknya akan terus menyalurkan maklumat rasmi berkaitan kerajaan secara pantas dan tepat untuk memperkukuh kerjasama sedia ada dengan media.

Majlis itu dimeriahkan dengan kehadiran lebih 200 pengamal media termasuk Presiden Persatuan Wartawan Sabah Mariah Doksil dan Pengerusi Persatuan Wartawan Kota Kinabalu Datuk Jimmy Goh.

-Bernama  

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: JBPM laksana langkah penjimatan bahan api, hadkan pergerakan kenderaan
Next: Amaran ribut petir, hujan lebat di lima negeri termasuk Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.