
BINTANGOR: Keperluan rakyat terus mejadi fokus utama Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii melalui pelaksanaan projek-projek infrastruktur asas di kawasan pinggir dan luar bandar.
Katanya yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, sebanyak 13 projek tersebut telah siap dilaksanakan menerusi Majlis Daerah Meradong dan Julau (MDMJ).
“Lokasi projek adalah di kawasan pinggir bandar iaitu Jalan Pedada, Jalan Foh Phin, Jalan Kai Sian di Sungai Mador, Jalan Hap Hing di Sungai Tulai, Jalan Tong Ah di Sungai Tulai, Jalan Sekijang, Jalan Kai Yean, Jalan Rumah Rium Buaya, Jalan Sing Hua di Sungai Bakong, Jalan Sen Bakong, Jalan Yung Kiew, Jalan Hoe Ping di Sungai Padi dan Jalan Kwong Sing di Sungai Meradong.
“Kerajaan sentiasa berusaha memastikan rakyat di kawasan luar bandar turut menikmati kemudahan infrastruktur yang baik,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.
Tambahnya, dengan adanya jalan yang lebih selamat, penduduk bukan sahaja dapat bergerak dengan lebih mudah, tetapi juga menikmati peningkatan dari keselamatan, keselesaan dan kualiti hidup.
“Projek-projek yang telah siap tersebut melibatkan kerja-kerja penurapan jalan dengan asfalt, pembinaan jalan konkrit serta pemasangan pembetung baharu,”
Hadir bagi mewakili Tiong Sii untuk meninjau projek-projek yang telah siap dilaksanakan ialah Wong Soon Mee.
Turut hadir Penolong Jurutera MDMJ, Hussin Onn Jateng dan Tuai Rumah Kinchu Ajan.
Oleh Earl Anek