Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Usahawan wanita Sarawak disaran dapatkan lesen sesuai
  • BISNES

Usahawan wanita Sarawak disaran dapatkan lesen sesuai

Utusan Sarawak 5 years ago

Welfare, Women and Family Development Minister Datuk Fatimah Abdullah during press conference after open Persatuan Pengetua Sekolah Menengah Sarawak's 50th education management conference in Kuching yesterday. - Zulazhar Sheblee / The Star

“KITA sekarang mengadakan jerayawara di seluruh Sarawak untuk mengingatkan wanita-wanita kita yang menceburi bidang perniagaan untuk mendapatkan lesen, kerana tanpanya sukar untuk kita mendapat bantuan dari kerajaan.” – Dato’ Sri Fatimah Abdullah

KUCHING: Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak semalam meminta usahawan wanita di negeri ini, untuk berusaha mendapatkan lesen-lesen yang berkaitan dengan perniagaan mereka.

Menterinya Dato’ Sri Fatimah Abdullah berkata, lesen yang bersesuaian ini akan memudahkan mereka mendapatkan bantuan kerajaan sama ada bantuan pinjaman, geran atau peluang mengikuti latihan kemahiran.

“Kita sekarang mengadakan jerayawara di seluruh Sarawak untuk mengingatkan wanita-wanita kita yang menceburi bidang perniagaan untuk mendapatkan lesen, kerana tanpanya sukar untuk kita mendapat bantuan dari kerajaan,” katanya selepas melawat ladang penerima Anugerah Ketua Menteri Bagi Tokoh Usahawan Wanita Sarawak 2020, di Kampung Kuap, Batu 10, di sini.

Beliau berkata, hasil lawatannya itu mendapati tokoh usahawan wanita terbabit memiliki banyak lesen pertanian moden dan lesen terbabit membolehkannya menerima banyak bantuan kerajaan.

Sementara itu, pemilik ladang tersebut Kansar Karar yang menjalankan keusahawanan pertanian moden menggunakan teknologi rumah hijau berkata walaupun tidak menggunakan sebarang racun serangga dalam usahanya itu, beliau mengambil lesen berkenaan bagi memudahkannya mendapat bantuan daripada kerajaan.

“Pendapatan kasar saya dalam RM2 juta lebih setahun dan saya sudah enam tahun terbabit dalam bidang pertanian moden,” katanya yang juga menyediakan latihan dalam pertanian moden di ladangnya.

Selain menjalankan ladangnya sendiri, syarikat beliau turut menyediakan perkhidmatan membuat rumah hijau dan setakat ini sudah lebih 500 buah telah dihasilkan di seluruh negeri ini, yang digunakan sama ada oleh agensi kerajaan mahupun syarikat swasta.- Bernama

Continue Reading

Previous: MPOB gesa pekebun kecil sawit persendirian mohon pensijilan MSPO
Next: Malaysia sedia bekerjasama tingkatkan makanan halal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.