Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Usahawan tempatan bangkit, muruku Abang Ujang jadi pilihan ramai
  • BISNES

Usahawan tempatan bangkit, muruku Abang Ujang jadi pilihan ramai

Utusan Sarawak 5 hours ago
PENGUSAHA muruku, Johari Adenan atau lebih dikenali sebagai Abang Ujang.

ASAJAYA: Bermula daripada perniagaan kecil-kecilan, seorang usahawan tempatan, Johari Adenan atau lebih dikenali sebagai Abang Ujang, kini berjaya membina jenama sendiri menerusi produk muruku yang semakin mendapat tempat di hati pelanggan di seluruh Sarawak hingga ke Brunei dan Semenanjung Malaysia.

Johari berkata, keputusan untuk memberi tumpuan sepenuh masa dalam perniagaan muruku dibuat selepas melihat potensi besar dalam industri makanan ringan, selain dorongan minat yang mendalam dalam bidang keusahawanan.

“Pada awalnya saya hanya berniaga kecil-kecilan sambil bekerja. Namun selepas melihat sambutan yang semakin baik, saya nekad untuk fokus sepenuhnya dalam penghasilan muruku ini,” katanya.

MURUKU pilihan perisa seperti pedas, keju dan original yang menjadi kegemaran pelanggan pelbagai peringkat umur.

Menurutnya, produk Muruku Bang Ujang dihasilkan menggunakan resipi tersendiri bermula daripada proses adunan sebelum dibungkus dengan teliti bagi mengekalkan kualiti serta kerangupan produk.

Katanya, antara cabaran utama pada peringkat awal ialah untuk memperkenalkan produk kepada pasaran yang lebih luas, namun situasi tersebut berubah apabila sistem ejen diperkenalkan.

“Selepas ramai yang mencuba dan mula membuat tempahan berulang, produk kami semakin dikenali. Kini, ia bukan sahaja di Sarawak, malah turut menembusi pasaran Semenanjung dan Brunei melalui rangkaian ejen,” jelasnya.

STOK jualan muruku Abang Ujang yang telah siap untuk dijual.

Tambah beliau, keistimewaan muruku tersebut terletak pada kerangupan yang tahan lama serta pilihan perisa seperti pedas, keju dan original yang menjadi kegemaran pelanggan pelbagai peringkat umur.

“Ramai pelanggan yang mencuba akan membuat pembelian semula, malah ada yang berminat untuk menjadi ejen,” katanya.

MURUKU yang telah siap diproses.

Dalam pada itu, Johari turut merancang untuk memperluaskan lagi perniagaannya dengan memperkenalkan beberapa perisa baharu serta memperkukuhkan jenama Muruku Bang Ujang agar lebih dikenali di peringkat yang lebih luas.

Mengimbas perjalanan perniagaan, beliau tidak menafikan pernah berdepan cabaran termasuk isu peniruan produk serta dugaan ketika pandemik COVID-19, namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus maju.

“Walaupun ada cabaran, sokongan pelanggan menjadi kekuatan utama untuk saya teruskan usaha ini,” ujarnya.

Oleh Norman B

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Warisan tradisi kekal pilihan, lemang dan kelupis laris menjelang Aidilfitri
Next: Sos cili nanas D’Mata cipta kelainan, gabung rasa manis dan pedas semula jadi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.