Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Usahawan muda perlu peka perkembangan teknologi
  • Utara
  • WILAYAH

Usahawan muda perlu peka perkembangan teknologi

Utusan Sarawak 2 days ago
KEPIMPINAN MUDA…(dari depan duduk,dua kiri) Mohd Eusoff Wasli, Halim Mohammad, Fauzal Madeni, Mohamad Abu Bakar (duduk dua kanan) bersama kepimpinan baharu DUBS Cawangan Limbang bergambar bersama.

LIMBANG: Usahawan muda perlu memiliki kemahiran dalam teknologi digital sejajar dengan perkembangan teknologi hari ini.


Ini bermakna barisan kepimpinan Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Cawangan Limbang yang baharu perlu sentiasa peka perkembangan teknologi terkini yang telah mengubah pasaran ekonomi baru.


Bekas pengerusi DUBS Cawangan Limbang Mohamad Abu Bakar berkata kemahiran itu penting kerana aktiviti perniagaan dan keusahawanan banyak dipacu dengan teknologi di hujung jari.


“Usahawan muda perlu mengikuti perkembangan dunia yang semakin maju dalam bidang teknologi dan perniagaan.


“Mereka perlu memberi nilai tambah yang positif untuk memperkasakan ekonomi bumiputera di daerah kita,” katanya kepada media hari ini.


Mohamad yang menerajui DUBS Cawangan Limbang lebih 20 tahun berharap kepimpinan baharu DUBS Cawangan Limbang dapat mengemukakan permohonan memohon kepada ibu pejabat di Kuching untuk membina lot kedai di tapak tanah lot kedai milik DUBS di bandar ini.


Mengulas mengenai Mesyuarat Agung Tahunan DUBS Cawangan Limbang sesi 2025 hingga 2028 baru-baru ini Mohamad berkata pihaknya memberi laluan kepada usahawan muda untuk menerajui kepimpinan badan itu.


“Kita berharap kepimpinan baharu ini akan lebih agresif, berdaya saing dan dinamik dalam mengangkat ekonomi, bidang keusahawanan dan perniagaan bumiputera di peringkat lebih tinggi.


Pada pemilihan itu, usahawan muda Mohamad Fauzal Madeni dilantik sebagai pengerusi dan Mohd Eusoff Wasli sebagai timbalan pengerusi.


Turut hadir Timbalan Presiden DUBS, Kaunselor Halim Mohammad bagi merasmikan mesyuarat berkenaan.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Mohamad Nazrin Othman, Noorulhusna Abdul Kadir – Johan Majlis Tilawah Daerah Daro
Next: Program JIWA@Komuniti MADANI Pra-Gawai perkukuh kerjasama antara komuniti, jabatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.