Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • INSPIRASI
  • Usahawan muda angkat kraf tangan etnik Bidayuh
  • INSPIRASI

Usahawan muda angkat kraf tangan etnik Bidayuh

Utusan Sarawak 19 hours ago
KREATIF… Beatrix John menunjukkan hasil kraf tangannya.

KUCHING: Beatrix John, seorang usahawan muda dari Sarawak, kini mencuri perhatian dalam dunia seni kraf tangan dengan mengetengahkan hasil tangan berasaskan etnik Bidayuh.

Bermula sebagai hobi kini telah berkembang menjadi kerjaya sepenuh masa yang bukan sahaja menjana pendapatan, tetapi turut memartabatkan budaya nenek moyangnya.

“Saya mulakan sebagai hobi, kemudian menjadi sumber pendapatan dan akhirnya menjadi kerjaya sepenuh masa. Selain membantu keluarga, saya mahu budaya Bidayuh dikenali di mata dunia,” katanya ketika ditemui.

Menurut Beatrix, kraf tangan etnik bukan sekadar produk, tetapi mengandungi nilai budaya yang tinggi dan wajar dipelihara seiring dengan kemajuan zaman.

Komitmennya terhadap seni ini tidak hanya terletak pada hasil kerja yang teliti, tetapi juga pada hasratnya untuk memastikan warisan budaya terus hidup dan dihargai generasi akan datang.

UNIK… Kraf tangan etnik bukan sekadar produk, tetapi mengandungi nilai budaya yang tinggi dan wajar dipelihara seiring dengan kemajuan zaman.

“Nilai budaya kita sangat indah dan harus dikekalkan walaupun dunia berubah. Saya mahu generasi muda terus kenal dan bangga dengan budaya sendiri,” katanya lagi.

Beliau turut berkongsi bahawa mendapatkan bahan mentah seperti manik dan tali kini tidak menjadi masalah kerana semuanya mudah diperoleh.

Bagi Beatrix, kepuasan dalam menghasilkan sesuatu yang bermakna jauh lebih penting daripada penat lelah yang dilalui.

“Penat lelah perkara nombor dua. Yang penting kepuasan dan semangat untuk terus berkarya,” ujarnya penuh semangat.

TERTARIK…Orang ramai melihat kraf tangan yang dihasilkan oleh Beatrix.

Beatrix turut menyatakan impian besarnya untuk memiliki kedai kraf tangan sendiri suatu hari nanti. Beliau berharap agar perniagaan kecilnya ini akan terus berkembang dan mendapat keberkatan.

Dengan dedikasi dan semangat juangnya, Beatrix John bukan sahaja menjadi inspirasi kepada belia, malah menjadi lambang harapan untuk kelestarian budaya Bidayuh di era moden.

Oleh Norman B

Tags: inspirasi

Continue Reading

Previous: Pukulan gendang Ariqah curi tumpuan di Rindok Berami
Next: Tan Sri Dato Sri Empiang Jabu inspirasi wanita Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.