Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Usahawan luar bandar siap sedia hadapi cabaran ekonomi digital
  • BISNES

Usahawan luar bandar siap sedia hadapi cabaran ekonomi digital

Utusan Sarawak 8 hours ago
RAKAM KENANGAN… Gambar berkumpulan bersama para peserta bagi program SUPEWANG 3.0. Foto AZAM Sarawak

BETONG: Program SUPEWANG 3.0 yang merupakan sesi susulan terakhir dalam rangkaian pembangunan kapasiti luar bandar di bawah inisiatif SAKTI dan SUPEWANG berjaya melabuhkan tirainya di Betong.

Program tersebut dilaksanakan melalui kerjasama antara Ibrandium, Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak dan AZAM Young Souls (AYS) sebagai rakan pelaksana, dengan sokongan YES Sarawak, dan telah menghimpunkan seramai 15 orang usahawan mikro serta belia luar bandar bagi memperkukuh kesiapsiagaan mereka menghadapi ekonomi digital yang semakin berkembang.

SUPEWANG 3.0 melengkapkan pendekatan berfasa yang dimulakan dengan SAKTI, iaitu program yang memberi tumpuan kepada literasi kewangan. 

Sesi susulan ini pula menumpukan kepada penguasaan kemahiran pemasaran digital dan penceritaan kandungan menerusi media sosial seperti TikTok bagi membantu peserta memperkukuh identiti dan daya tarikan perniagaan masing-masing.

RAKAM KENANGAN… Bersama para pemenang dalam majlis penutupan. Foto AZAM Sarawak

Pengasas Ibrandium, Afiq Khatem berkata, SUPEWANG bukan sekadar program latihan biasa malah berperanan sebagai platform strategik yang merapatkan jurang antara potensi belia luar bandar dengan kehendak pasaran digital semasa.

“Program ini disusun berasaskan realiti di lapangan dan berorientasikan penyelesaian, sejajar dengan beberapa Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) antaranya SDG 4 berkaitan pendidikan berkualiti, SDG 5 kesaksamaan gender, SDG 8 pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi, SDG 9 inovasi dan infrastruktur, SDG 10 pengurangan ketidaksamaan dan SDG 17 perkongsian strategik,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

Menurut beliau, jumlah peserta seramai 15 orang bukanlah satu kekurangan, malah menjadi kekuatan kerana ia membolehkan setiap peserta menerima perhatian dan bimbingan yang lebih terperinci daripada fasilitator.

“Bilangan peserta yang kecil membuatkan sesi dapat dijalankan secara lebih fokus, interaktif dan mudah dipantau dari segi kemajuan peserta. Ini juga memberi ruang kepada pelaksanaan sesi bimbingan susulan (coaching) secara lebih tersusun,” jelasnya lagi.

Beliau turut memaklumkan bahawa pihak Ibrandium dalam perancangan untuk menubuhkan komuniti pembelajaran digital dalam talian bagi membolehkan peserta terus berkongsi perkembangan, serta mendapatkan maklum balas berkala daripada fasilitator dan rakan seperjuangan.

Jelasnya, peserta yang menunjukkan potensi tinggi akan ditawarkan akses kepada modul lanjutan serta peluang meneroka pasaran baharu melalui platform e-dagang yang sedang dirancang pelancarannya dalam masa terdekat.

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran RM4.24 hingga RM4.26 minggu depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.