Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Usahawan luar bandar harus rebut peluang melalui e-dagang
  • TEMPATAN

Usahawan luar bandar harus rebut peluang melalui e-dagang

Utusan Sarawak 21 hours ago
TERIMA KASIH… Pengerusi Persatuan Melayu Limbang (PML), Mohamad Abu Bakar menyampaikan cenderamata kepada Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. Foto Adeng Edrus

LIMBANG: Sektor e-dagang menyediakan peluang lebih luas termasuk kepada usahawan luar bandar untuk mengembangkan perniagaan.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, usahawan luar bandar boleh memasarkan produk mereka ke seluruh Malaysia, malah ke peringkat antarabangsa.

Katanya, perkara tersebut dapat dilakukan dengan memanfaatkan teknologi dalam memacu pertumbuhan ekonomi ke arah  keusahawanan digital dan e-dagang dalam membantu usahawan luar bandar membina perniagaan dalam komuniti mereka.

Beliau berkata platform ini bukan sahaja memberi akses kepada pasaran yang lebih besar tetapi juga menyediakan platform untuk mereka bersaing dengan lebih mudah dari mana sahaja.

 “Hasil kolaborasi dengan TikTok menyaksikan sebuah syarikat kecil dari Miri yang menghasilkan produk kecantikan diperkenalkan pada Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (IDECS) di Kuching.

“Kita mempunyai banyak sumber dan ramuan semula jadi daripada orang tua-tua untuk kecantikan kulit, dan syarikat itu kini meraih jualan lebih RM500,000 sebulan. Jika penduduk kampung turut serta dalam e-dagang dengan kesungguhan dan komitmen, kita mampu mencapai kemajuan bersama,” katanya ketika merasmikan Pesta Badudun dan Lumba Kerbau di Kampung Lubuk Piasau hari ini.

RASMI BADUDUN… Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan memukul gong sebagai simbolik perasmian Pesta Badudun Limbang. Foto Adeng Edrus

Jelas beliau, e- dagang mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan meningkatkan ekonomi tempatan.

Katanya, ramai usahawan luar bandar mempunyai sumber dan produk hasil kraf tangan, makanan dan sebagainya untuk dipasarkan  untuk menjana pendapatan dari rumah khususnya bagi mereka yang menghadapi kekangan mobiliti.

Turut sama ialah Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Dato Paulus Palu Gumbang, Residen Limbang Unus Tambi, Pegawai Daerah Limbang Sulaiman Engal dan Pengerusi Persatuan Melayu Limbang (PML) Mohamad Abu Bakar.

Oleh Adeng Edrus

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Regata Perahu Naga Antarabangsa Sarawak 2025 tutup tirai dengan catatan masa terpantas di Sungai Sarawak
Next: 423 projek pembangunan bukti kecekapan dan dedikasi warga JKR Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.