Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Usahawan digesa manfaat teknologi digital
  • TEMPATAN

Usahawan digesa manfaat teknologi digital

Utusan Sarawak 3 years ago
ERA DIGITAL… Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan merasmikan GO Digital sebagai landasan usahawan Sarawak memasuki arena ekonomi global secara digital di Lawas.

LAWAS: Usahawan Sarawak perlu memanfaatkan sepenuhnya teknologi digital dan mengalihkan perniagaan mereka ke arah ekonomi digital.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan turut menambah bahawa Kerajaan Sarawak turut menyediakan inisiatif dan bantuan sewajarnya selaras dengan Strategi Ekonomi Digital Sarawak 2018-2022 dan Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030.

 Ini akan merealisasikan aspirasi Sarawak ke arah wilayah berpendapatan tinggi menjelang 2030,” katanya pada Majlis Perasmian Digital Go di sebuah hotel di sini, semalam.

“GO Digital menyasarkan untuk mempercepatkan transformasi digital dalam kalangan usahawan Sarawak yang akan meningkatkan kecekapan prestasi perniagaan mereka seterusnya membolehkan mereka bersaing dipersada global,” tambahnya.

Turut hadir, Tan Sri Datuk Amar Speaker Mohd Asfia Awang Nassar, Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MINTRED) Dzulkornain Masrom, Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Digital Economy Corporation Berhad (SDEC) Sudarnoto Osman dan Residen Bahagian Limbang Ir Ahmad Denney Ahmad Fauzi.

Awang Tengah turut menyampaikan replika cek kepada dua penerima pakej GO Digital yang berpengkalan di Lawas dan replika cek daripada MINDTRED serta AgroBank kepada usahawan kumpulan pengusaha perusahaan kecil dan sederhana di Lawas.

Oleh ADENG EDRUS

Continue Reading

Previous: Klinik satelit bakal dibina di Tabuan Jaya
Next: PETROS kejayaan terbesar S’wak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.