Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Usahawan digesa belajar, bina rangkaian, terus maju
  • Utara
  • WILAYAH

Usahawan digesa belajar, bina rangkaian, terus maju

Utusan Sarawak 3 weeks ago
UNTUK KENANGAN… Datuk Dr Ripin Lamat (baris belakang, tujuh kanan) merakamkan gambar kenangan bersama yang lain pada Mesyuarat Agung Tahunan (TGM) DUBS Cawangan Miri semalam.

MIRI: “Belajarlah, bina rangkaian dan jangan pernah takut untuk terus maju.”

Demikian antara pesanan utama yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Belia (Pembangunan Usahawan), Datuk Dr Ripin Lamat kepada para usahawan tempatan ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan (TGM) Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Cawangan Miri, semalam.

Dalam ucapan beliau, Datuk Dr Ripin menegaskan kepentingan pendidikan berterusan, pengukuhan jaringan perniagaan, serta keberanian untuk berinovasi dan menghadapi cabaran sebagai kunci kejayaan dalam dunia keusahawanan masa kini.

Beliau turut menzahirkan penghargaan terhadap usaha berterusan DUBS Miri yang kini mempunyai lebih 720 ahli berdaftar.

“DUBS Miri telah membuktikan bahawa apabila kita berusaha bersama, kita boleh mencipta perubahan besar,” katanya.

Menurut Ripin, kerajaan negeri juga terus komited melahirkan generasi usahawan baharu melalui program Start Up Youth Camp yang bakal diperluaskan ke Zon Tengah dan Zon Utara dalam masa terdekat.

Beliau turut mengingatkan bahawa dalam dunia perniagaan, jaringan dan ilmu adalah kunci kejayaan.

“Belajarlah bukan sahaja daripada kaum sendiri, malah dari sesiapa sahaja yang berjaya,” katanya.

Lebih 50 peserta hadir pada mesyuarat tersebut.

Dalam majlis sama, Mohammad Hafidz Rohani kekal sebagai Pengerusi DUBS Miri selepas menang tanpa bertanding.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pasukan SUPP Bawang Assan dekati penduduk di kawasan Jalan Sing
Next: Usaha perkasa pembangunan rakyat kawasan pesisir, luar bandar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.