Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Usahawan Bumiputera Kapit disaran luas jaringan, elak jadi ‘Jaguh Kampung’
  • Tengah
  • WILAYAH

Usahawan Bumiputera Kapit disaran luas jaringan, elak jadi ‘Jaguh Kampung’

Utusan Sarawak 8 hours ago
LAWAT…. Dato Sri Alexander Nanta Linggi ketika melawat reruai pameran di Karnival Usahawan Bahagian Kapit Tahun 2025 semalam. Foto Facebook Alexander Nanta Linggi

KAPIT: Usahawan Bumiputera di Kapit disaran agar tidak hanya menjadi ‘jaguh kampung’ sebaliknya memperluas jaringan perniagaan menggunakan pelbagai platform termasuk media massa dan media sosial.

Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, kewujudan jaringan jalan raya yang kini menghubungkan Kapit dengan Sibu membuka lebih banyak peluang kepada usahawan tempatan untuk memasarkan produk mereka ke pasaran lebih luas.

“Kapit mempunyai produk tempatan yang berkualiti, unik dan berpotensi untuk menembusi pasaran yang lebih besar. Apa yang penting, usahawan perlu diberi pendedahan dan bimbingan yang sewajarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutupan Karnival Usahawan Bahagian Kapit Tahun 2025 di sini, semalam.

Nanta yang juga Ahli Parlimen Kapit turut menggesa agar usahawan tidak hanya aktif semasa berlangsungnya karnival sahaja, sebaliknya terus menyahut cabaran serta merebut pelbagai peluang yang disediakan kerajaan bagi memastikan kelangsungan perniagaan.

“Saya bukan sahaja menyokong penganjuran karnival seperti ini di Kapit, malah menggesa supaya usaha ini diteruskan menerusi penglibatan program kerjasama awam-swasta (PPP) yang melibatkan pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, sektor swasta dan komuniti,” katanya.

Menurutnya, langkah itu penting bagi memastikan rantaian ekosistem keusahawanan di Kapit terus berkembang maju selari dengan matlamat Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) kerajaan Sarawak.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 10 KMKK DUN Bekenu terima sijil pelantikan rasmi
Next: Usaha Persatuan Teochew Sibu angkat warisan, didik generasi baharu dipuji

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.