Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Usahawan bukan sekadar penyumbang, tapi pemacu inovasi Sarawak
  • Utara
  • WILAYAH

Usahawan bukan sekadar penyumbang, tapi pemacu inovasi Sarawak

Utusan Sarawak 4 days ago
PENGERUSI Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Cawangan Miri, Mohammad Hafidz Rohani 

MIRI: Tanggal 22 Julai bukan sekadar satu tarikh dalam kalendar, tetapi lambang kebebasan, jati diri dan semangat berdikari rakyat Sarawak.

Pengerusi Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Cawangan Miri, Mohammad Hafidz Rohani berkata, sambutan Hari Sarawak 2025 bukan hanya bertujuan mengenang sejarah, tetapi juga menzahirkan aspirasi masa depan, khususnya dalam bidang keusahawanan.

“Daripada peniaga kecil di pasar tani hingga syarikat yang berjaya menembusi pasaran global, rakyat Sarawak telah membuktikan bahawa kita mampu bersaing dan berjaya,” ujar beliau.

Tambahnya, semangat berniaga sudah lama berakar dalam budaya rakyat Sarawak dan bukan sekadar satu pilihan untuk mencari rezeki, tetapi telah menjadi sebahagian daripada identiti dan cara hidup masyarakat, iaitu satu warisan yang terus berkembang dari generasi ke generasi.

Katanya lagi, kejayaan ekosistem keusahawanan negeri tidak tercapai secara sendirian, sebaliknya hasil dasar yang bijak diperkenalkan sejak dahulu serta diteruskan oleh kepimpinan masa kini yang memahami keperluan dunia perniagaan moden.

Antara pemangkin utama termasuklah pembangunan infrastruktur, sokongan terhadap perusahaan mikro dan kecil (PMKS), peluang latihan serta pemerkasaan ekonomi digital yang membuka ruang lebih luas kepada usahawan untuk berkembang.

Mohammad Hafidz turut menekankan peranan penting DUBS Miri dalam menjayakan visi keusahawanan negeri.

“Sebagai platform yang menyatukan suara usahawan Bumiputera di utara Sarawak, DUBS Miri aktif menganjurkan program pemerkasaan, bimbingan perniagaan, jaringan niaga serta menjadi jambatan antara usahawan dan agensi berkaitan,” jelasnya.

Inisiatif yang dijalankan, katanya, bukan sahaja membekalkan ilmu, malah membina keyakinan dan membuka laluan kepada pasaran lebih besar.

Beliau berkata, Hari Sarawak juga wajar menjadi peringatan bahawa kejayaan negeri ini adalah hasil usaha bersama, termasuk para usahawan kecil yang bekerja keras membina ekonomi dari bawah.

“DUBS Miri akan terus komited menjadi rakan strategik kerajaan dalam melahirkan lebih ramai usahawan Bumiputera yang bersedia bersaing, bukan sahaja di Sarawak tetapi juga di peringkat nasional dan antarabangsa.”

Tambah beliau, sebagai sebahagian daripada ekosistem keusahawanan negeri, DUBS Miri percaya bahawa usahawan merupakan pemacu perubahan kerana mereka bukan sekadar penyumbang ekonomi, tetapi juga pencetus inovasi, penyedia pekerjaan dan penggerak pembangunan masyarakat setempat.

“Menyokong usahawan bukan pilihan, ia adalah satu keperluan demi masa depan Sarawak yang lebih makmur.”

Sempena Hari Sarawak, Mohammad Hafidz turut menggesa agar rakyat sama meraikan dan menghargai semangat gigih usahawan tempatan.

“Sama ada menjual di tepi jalan, berniaga atas talian atau mengusahakan kilang kecil di pedalaman, merekalah wira ekonomi sebenar kita.

“Sarawak akan terus maju, selagi semangat usahawan tidak pernah padam,” katanya.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Pembinaan IAC Limbang capai 67 peratus, dijangka siap Mei 2026
Next: Rebut peluang pekerjaan di Karnival Kerjaya MYFuture Jobs, Kampus MPI

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.