Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Usahawan berjaya perlukan komitmen, disiplin tinggi
  • TEMPATAN

Usahawan berjaya perlukan komitmen, disiplin tinggi

Utusan Sarawak 1 day ago
DATUK Dr Ripin Lamat ketika menyampaikan ucapan semasa Seminar Asas Pembangunan Produk dan Servis (SAPPS) di Auditorium Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), hari ini.

KUCHING: Kejayaan dalam dunia keusahawanan menuntut komitmen jangka panjang, disiplin yang tinggi serta usaha berterusan untuk menimba ilmu dan memperkukuh keupayaan diri.

Menurut Timbalan Menteri Belia (Pembangunan Usahawan), Datuk Dr Ripin Lamat, perjalanan seseorang usahawan perlu dilalui secara bertahap, sepertimana proses pendidikan dari peringkat tadika hingga ke alam pekerjaan.

“Ramai usahawan bermula secara kecil, mengumpul modal sedikit demi sedikit dan seterusnya menambah pelaburan apabila mula meraih keuntungan. 

“Proses ini membentuk nilai seperti ketekunan, ketahanan dan disiplin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan semasa Seminar Asas Pembangunan Produk dan Servis (SAPPS) di Auditorium Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), hari ini.

Ripin turut menekankan bahawa usahawan masa kini perlu peka terhadap perubahan semasa, terutama dalam penerapan teknologi yang mampu meningkatkan daya saing perniagaan.

“Keusahawanan hari ini bersifat sangat dinamik.

“Usahawan harus berani mengaplikasikan teknologi baharu dalam pemasaran, pengurusan perniagaan serta penghasilan produk. 

“Ini bukan sahaja dapat meningkatkan produktiviti, malah turut memperluas pasaran dan menjana pendapatan yang lebih tinggi,” jelasnya.

Menurutnya lagi, kerajaan Sarawak sentiasa komited melahirkan lebih ramai usahawan yang berdaya saing selaras dengan aspirasi Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) dan visi Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. 

“Sekiranya kita dapat melahirkan lebih ramai usahawan berkualiti, impaknya besar terhadap ekonomi negeri termasuk peningkatan pendapatan isi rumah, peluang pekerjaan kepada belia lepasan sekolah dan institusi pengajian tinggi serta pemerkasaan ekosistem ekonomi yang saling menyokong,” tambahnya.

Untuk rekod, seramai 449 usahawan telah terlibat dalam program ini yang merupakan hasil kerjasama antara INSKEN, HRD Corp, Kementerian Perdagangan, Perindustrian dan Pelaburan Sarawak (MINTRED) serta beberapa agensi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) keusahawanan di Sarawak.

Oleh Amanda L.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: RM27.4 juta bangunkan sektor pelancongan DUN Kabong
Next: Kumpulan pertama Jemaah haji djangka tiba di Malaysia sabtu ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.